Pages

Thursday, 3 December 2015

PERMOHONAN TANAH PEKEBUN KECIL CAMERON HIGHLAND AKAN DIPROSES ATAS DASAR KEMANUSIAN- MB PAHANG


2/12/2015 - Cameron Highland - Kerajaan Negeri Pahang bersedia membantu pekebun-pekebun kecil di sekitar Cameron Highland yang terjejas pendapatan mereka semenjak setahun lepas.Kejadian banjir lumpur yang melanda Cameron Highland menyebabkan Kerajaan Negeri dengan bantuan kerajaan Persekutuan telah melakukan beberapa langkah penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap pencerobohan tanah haram .

Tindakan penguatkuasaan yang ketat dilakukan bagi tujuan mendidik pekebun-pekebun supaya lebih bertanggungjawab tidak meneroka tanah sesuka hati dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

"Tempoh setahun yang diberikan kepada pekebun-pekebun sayur telah menyebabkan pendapatan pekebun-pekebun kecil terjejas dan menderita kerana hilang punca pendapatan untuk menyara kehidupan..Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab,pertolongan harus diberikan kepada mereka atas dasar kemanusian".

"Kira-kira 968 permohonan dibuat oleh pekebun-pekebun kecil di Cameron Highland akan diberikan pertimbangan oleh Pejabat Tanah Daerah Cameron Highland namun begitu ianya hanya untuk keluasan yang kecil dan tidak kepada pengusaha ladang secara besar-besaran."

"Permohonan mereka akan diproses memakan masa 3 hingga 4 bulan dan mereka diharap sabar menunggu kerana Pejabat Tanah dan Daerah Cameron Highland mempunya pegawai yang terhad bagi tujuan tersebut.Mana-mana pekebun-pekebun kecil yang benar-benar tulen akan diberi kelulusan 1 hektar hingga 2 hektar satu keluarga".

"Sementara itu kerja-kerja penguatkuasaan oleh Majlis Keselamatan Negara akan terus dijalankan kerana tidak mahu pencerobohan tanah haram berterusan di Cameron Highland".

"Mereka yang terlibat dengan penanaman sayur dan bunga juga harus menjaga kebersihan sungai memandangkan sungai di lembangan Cameroon Highland ini juga akan mengalir ke sungai Pahang yang menjadi sumber air bagi rakyat Negeri Pahang tidak terjejas".

"Pekebun harus memberhentikan tabiat membuang segala sisa bahan pertanian ke sungai kerana ini selain sungai yang tercemar ianya antara punca banjir lumpur yang berlaku akibat empangan di Wringlet Cameron Highland dipenuhi dengan pelbagai sisa bahan pertanian".ujar Y.A.B Dato'Seri DiRaja Adnan Hj Yaakob ketika ditemui selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Pahang di Cameroon hari ini.





No comments:

Post a Comment