Pages

Sunday, 6 December 2015

#PAU2015 UCAPAN MUHYIDIN TAK PENTING - KU LI


Bahang Perhimpunan Agong UMNO 2015 (PAU 2015) semakin terasa.Perhimpunan yang akan menghimpunkan umat Melayu dikalangan perwakilan UMNO akan berlangsung beberapa hari mendatang semakin ditunggu tunggu.

Mungkin kerana kali ini kelainan tradisi ditengah-tengah keributan dalam cawan parti yang dianggap keramat oleh bangsa Melayu,PAU 2015 semakin dramatik.

Majlis Kerja Tertinggi UMNO membuat keputusan  tidak meneruskan tradisi perasmian sayap-sayap UMNO yang lazimnya menyaksikan Timbalan Presiden UMNO menyampaikan ucapan perasmian.

Orang lama dalam UMNO Ku Li berkata "Ini semua ceremonial sahaja kerana apa yang berlaku adalah ucapan presiden yang akan dibincangkan. Itu yang penting sekali. Ucapan-ucapan orang lain berupa pandangan yang barangkali menambah tokok apa yang diucapkan Presiden dan memberi perkhabaran apa yang berlaku dalam parti dan negara".

Begitulah asam garam dalam politik,selaku orang yang lama dalam parti dan kerajaan Ku Li masih lagi mempunyai ketajaman fikiran dan kadangkala mempunya pendapat yang berbeza dengan kepimpinan parti.Namun beliau selalu mengambil keputusan menghormati keputusan majoriti yang demokratik.

Pun begitu ada ura-ura satu perhimpunan yang sama  akan diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru mengumpulkan penyokong tegar Muhyiddin Yasin yang masih belum dapat menerima kenyataan yang pemimpin idola mereka kini bakal di sisihkan.

Sekalipun perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru itu berjaya dilakukan namun ianya tidak akan menjadi kudis buat UMNO kerana Muhyiddin bukanlah pemimpin yang mampu menagih simpati dan menarik sokongan rakyat jika dibandingkan dengan karektor Anwar Ibrahim.

Sejarah telah membuktikan pemimpin yang kecewa dalam parti tidak akan ada tempat dalam UMNO.Ku Li sendiri sebagai orang yang pernah kecewa dan menubuhkan parti Semangat 46 gagal kekal untu jangkamasa yang panjang yang akhirnya kembali kepangkuan UMNO kerana menyedari hanya parti keramat ini sahajalah tempat di mana bangsa Melayu dapat bergantung harap demi survival bangsa Melayu di bumi tercinta.

No comments:

Post a Comment