Pages

Wednesday, 30 December 2015

2 KERJA ANTARA ORANG BERJAYA BERIKAN HASIL,ORANG GAGAL BERIKAN ALASAN


Hanya kerana memberikan pendapat agar rakyat Malaysia bersedia melakukan dua kerja bagi menampung kenaikan kos sara hidup,Ahmad Maslan sekali lagi menjadi bahan jenaka,sinis,cemuhan,troll dan mungkin menjadi viral waktu ini.

Mudahnya untuk difahami jika cadangan tersebut datangnya dari orang lain selain dari seorang yang bernama Ahmad Maslan aka seorang Timbalan Menteri @ Ahli Parlimen @ Ketua Penerangan UMNO tidaklah heboh di perkatakan.

Jika dilihat dari sudut pandangan,ianya bukan lah dasar kerajaan,ianya hanya cetusan idea seseorang yg mempunyai kedudukan dalam masyarakat dan politik tanahair namun respon yang diterima banyak dipengaruhi emosi.

Pendapat.saranan,atau sesuatu idea kita boleh terima kita amalkan dan jika sebaliknya mengapa perlu kita melatah tak tentu pasal.Ianya bukan dasar kerajaan cuma saranan namun ada yang meletakkan kebencian berasaskan pertimbangan politik mengatasi segala-galanya.

Tidak ada salahnya jika kita sanggup melakukan dua kerja kerana ramai orang di dunia ini melakukannya.barangkali kisah yang di paparkan di bawah memberikan sedikit pengertian makna dua kerja :-


ANAK KAMPUNG TERBANG DI IBUKOTA

Saya sering ulang-ulangkan, saya anak kampung bagi mengingatkan diri asal-usul. Walau berapa tinggi sekali pun kita terbang, usah lupa rumput di bumi.

Oleh kerana saya anak kampung, saya faham susah-payah hidup. Ibukota begitu asing kepada saya sebelumnya. Saya menjejakkan kaki di Kuala Lumpur pada usia 18 tahun untuk mengambil ujian Bahasa Inggeris sebelum ke Amerika Syarikat.

Sewaktu awal bekerja dulu, saya naik bas sebelum Subuh dari Sungai Buaya untuk datang pejabat di Kompleks Pertama Kuala Lumpur. Apabila berpindah ke Sri Gombak, anak saya terpaksa ditarik keluar dari tadika kerana saya tak mampu bayar yuran. Sedang saya bekerja elok-elok, saya dibuang kerja akibat kegawatan ekonomi awal 1990an.

Saya lalui semua keperitan itu.

Alhamdulillah, usia mematangkan. Saya tidak mahu merungut dan menangis lagi. Cukuplah.

Atas sebab itulah mungkin, saya tidak merungut apabila melakukan dua kerja yang berat dengan satu gaji dan tanpa elaun tambahan.

Sambil saya pegang jawatan Pengarah Kanan TERAJU, saya juga jadi Pengarah Eksekutif INSKEN. Dua kerja (usah buat keloloh kata ini bukan dua kerja). Seperti yang saya tulis sebelum ini, saya mahu kaut ganjaran di Akhirat.

Sewaktu jadi Ketua Pegawai Eksekutif INMIND dulu, saya buat empat kerja. Selain jadi CEO, saya jadi perunding latihan di pelbagai jabatan kerajaan & swasta, perunding sosio-politik dan perunding media. Keempat-empat kerja ini ada gaji dan elaun berasingan. Empat kerja, bukan dua.

Ah, dia di jawatan pengurusan, bolehlah buat begitu, kata sang pemberi alasan. Ayat sedemikian memang boleh dijangkakan.

Sewaktu belajar dulu, saya hanya terima biasiswa US$405. Tak cukup untuk nak sara dua orang anak. Selain belajar, saya juga bekerja di kedai buku dalam kampus, menghantar Domino's Pizza dan cuci tandas di Delmar Corporation - kesemuanya pada masa yang sama. Itu tiga kerja, tak termasuk "kerja" belajar.

Walaupun sudah berada pada tahap ini, saya tidak pernah mahu hidup selesa. Keselesaan ini tidak lama. Sampai waktu, ia akan pergi.

Saya bertolak ke pejabat pukul 630 pagi dengan memilih jalan tanpa tol. Saya boleh menggunakan tol Bukit Jelutong dan keluar sama ada di Damansara, Kota Damansara atau Jalan Duta untuk ke pejabat.

Sebaliknya, setiap pagi saya ambil Jalan Sungai Buloh melalui Kampung Melayu Subang, menuju Jalan Surian dan ke pejabat. Saya tak bayar apa-apa tol.

Dalam perjalanan ke tempat kerja, saya singgah sarapan di sebuah gerai di Kampung Melayu Tambahan.

Bukan saya tidak boleh makan di Starbucks, Teh Tarik Place atau Old Town Kopitiam, tetapi saya memilih gerai ini bagi memberikan sokongan kepada pasangan suami isteri yang membesarkan empat orang anak-anak yang saya lihat sentiasa bersama mereka di gerai.

Bagi kebanyakan kita, sarapan RM4 - RM5 itu mungkin tidak besar, namun ia amat bermakna bagi mereka sekeluarga.

Kita boleh memilih untuk merungut dan meratap nasib. Saya sudah lalui kesemua itu. Saya tidak mahu menoleh ke belakang lagi.

Saya tahu apabila kita dilahirkan dalam keluarga susah, kita hanya ada satu pilihan iaitu berjuang sekiranya mahu ke hadapan.

Saya tahu apa saja pendapatan saya hari ini, ia bukan untuk diri sendiri semata-mata. Saya perlu menyara keseluruhan perbelanjaan kedua-dua keluarga ibubapa dan mentua di samping beberapa orang ahli keluarga OKU yang lain. Mereka bergantung kepada saya pada setiap bulan.

23 Januari ini, genap usia saya 52 tahun. Saya sudah cukup dewasa. Kepada anak muda, ingatlah, orang berjaya berikan hasil, orang gagal berikan alasan.

Sebagai anak kampung di ibu kota, saya tidak mahu beri alasan. Saya tak kisah dua, tiga atau empat kerja. Saya tidak peduli merempuh jalan tanpa tol.

Apa yang penting ialah saya ingin terbang dan terbang tinggi!

No comments:

Post a Comment