Pages

Sunday, 15 November 2015

JAMIL KHIR BUAT LAPORAN POLIS NANTI NOW JANGAN KATA SAYA BERGURAU PULAK..!


Tempoh untuk Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) Akmal Nasir untuk memohon maaf telah pun berakhir.

Seperti mana yang di minta oleh Jamir Khir Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang dikaitkan dengan penyalahgunaan wang anak-anak yatim melalui Agensi kerajaan iaitu YPEIM berikutan lawatan menteri tersebut ke Amerika Syarikat tahun lepas.

Dakwaan Akmal Nasir sebenar nya amat berat dan bersandarkan bil-bil yang menjadi perisai ampuh bagi mengiyakan kenyataan beliau.

Akmal juga telah membuat laporan polis hari ini di IPK Dang Wangi Kuala Lumpur sebelum Jamir Khir melakukan perkara yang sama di IPD Putrajaya tidak lama kemudian.


Kita lihatlah nanti bagaimanakan kesudahan pertikaian tentang salah urus dan penyalahgunaan wang anak yatim YAPEIM seperti didakwa Akmal selaku Pengarah NOW yang juga Ketua Cabang PKR Johor  Bharu.

Antara dakwaan Akmal ialah Menteri menggunakan wang anak yatim dengan membawa isteri,membeli belah dan bermain golf sewaktu Jamir Khir dalam rangka lawatan ke Amerika Syarikat.


Kadangkala ada yang tidak tahu garis panduan perbelanjaan sesuatu program melalui agensi atau jabatan mahupun GLC mempunyai garis panduan yang amat jelas.

Setiap perbelanjaan berkaitan program termasuk menteeri pasti akan di bawa ke mesyuarat kementerian atau pengurusan kementerian.

Takkan pula Menteri perlu melihat segala bil dan kertas kerja perbelanjaan agensi dalam hal ini YPEIM yang terlibat menguruskan perbelanjaan.Koman sangatkah semua pegawai-pegawai yang ada di dalam YPEIM sehingga gagal mengkelaskan apa yang boleh dan tidak boleh .

Atau mungkin benar khabar angin yang mengatakan kebocoran maklumat dalaman ini adalah disebabkan berlakunya rombakan besar-besaran  YAPEIM menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan mereka yang terlibat.

Bagi melunaskan rasa amarah dia atas rombakan pegawai di YAPEIM ini,merekan menjadikan dokumen berupa bil bagi membalas dendam .

Memang ada sesuatu seperti yang tidak beres di YAPEIM, atau terdapat pegawai mereka yang simpati dengan perjuangan pembangkang menyalurkan maklumat dalaman dengan menjadikan Menteri sebagai sasaran untuk membunuh karektor dan kredibiliti.

Strategi Lautan Biru ini sebenarnya amat menggerunkan pembangkang di Malaysia.Perjumpaan dengan 1,000 pelajar Malaysia di Amerika Syarikat membuatkan mereka seperti cacing kepanasan kerana bimbang tindakan pemimpin kerajaan mendekatkan diri dengan kelompok pelajar yang berpotensi menjadi peminpin pelapis suatu hari nanti.

YAPEIM sendiri sebenarnya tidak mampu menjadi satu agensi yang kuat dan berdaya tahan hanya dengan potongan gaji 580,000 kakitangan awam sebanyak RM 5 atau RM 10 setiap kakitangan.

Sebaliknya banyak bantuan yang diberikan oleh kerajaan bagi mengukuhkan kewangan YAPEIM melalui bidang perniagaan tetapi tidak diwar-warkan demi menjaga kelangsungan survival Melayu Islam.

Kewangan yang kukuh yang dijana melalui perniagaan umpama GLC,YAPEIM juga perlu melakukan CSR sepertimana GLC lain khusus memulangkan balik keuntungan yang diperolehi.Termasuklah program seperti yang dilakukan sepanjang lawatan Jamil Khir yang antara lain mendekati pelajar Malaysia di seberang laut.

isunya mungkin menggunakan wang YAPEIM bermain golf dan membeli belah namun bil yang dikemukakan Akmal adalah mengelirukan.

Laporan polis telah dibuat oleh kedua-dua pihak dan episod seterusnya amat menarik untuk diikuti tetapi seakan sudah ada bayangan apa kesudahannya....jika didapati bersalah di mahkamah atas tuduhan tersebutt Akmal Nasir akam memohon maaf  atau mungkin nada yang sama  dengan Rafizi Ramli...saya hanya bergurau terhadap Jamir Khir...takkan gurau pun tak boleh kut...!


No comments:

Post a Comment