Pages

Friday, 13 November 2015

ANUAR TERIMA LAYANAN VIP DI PENJARA BERBEZA DARI BANDUAN BIASA



Bagaimanakah agaknya perasaan banduan-banduan di Malaysia jika mengetahui Anwar bukanlah banduan biasa walaupun sabitan jenayah yang dilakukan serupa.Manusia Anugerah Tuhan seperti yang dinyatakan oleh Wan Azizah menikmati lebih perhatian disebalik dakwaan dakwaan nakal yang menyatakan layanan buruk yang diberikan kepada pihak penjara .

Antara kelonggaran yang diberikan oleh pihak penjara kepada Anwar berbanding banduan yang lain ialah:-
  • disediakan katil hospital bernilai RM 5,000
  • terdapat pancuran air panas dan sejuk
  • bilik dilitupi langsir untuk privasi beliau
  • tandas duduk
  • kipas angin mengadap meja tulis
  • beliau tidak dikurung didalam sel sebaliknya boleh bergerak bebas di koridor sepanjang 50meter
  • di luar sel terdapat kawasan khas boleh dikunjungi Anwar setiap petang
  • sel dicuci setiap hari bagi memastikan kebersihan
Rawatan yang istimewa berbanding banduang lain
  • 17 pakar perubatan telah merawat Anwar
  • panel 6 pakar perubatan memantau kesihatannya melibatkan 3 dari Hospital Kuala Lumpur,2 dari Kementerian Kesihatan dan 1 dari Hospital swasta
  • Anwar bertemu doktor dipenjara sebanyak 78 kali
  • Anwar bertemu doktor pakar panel Penjara Sg Buloh sebanyak 23 kali,di hospital 10 kali dan mahkamah 10 kali
  • Anwar diberi diet khas kepada beliau termasuk bijirin, madu, kismis dan kurma dengan mengambil kira keadaannya
Anwar telah diberikan layanan dengan penuh hormat oleh kakitangan penjara dari segi keadaan sel sehinggalah kepada soal kesihatan namun permintaan Wan Azizah untuk membawa Anwar ke luar negara untuk mendapatkan rawatan kecedreaan dibahunya adalah keterlaluan.

Akta Penjara 1995 tidak membenarkan banduan dirawat di kemudahan bukan kerajaan atau mendapat rawatan di luar negara kerana segala keperluan rawatan sedia wujud di negara ini.

Dalam pada masa ramai orang dari luar negara datang di Malaysia untuk mendapatkan rawatan kesihatan adalah sukar untuk memahami niat Wan Azizah meminta Anwar dibenarkan untuk mendapatkan rawatan di luar negara.

Malaysia sudah cukup segala kemudahan perubatan yang diperlukan samada Anwar memilih untuk melakukan pembedahan Artroskopik mahupun memilih untuk menggantikan sendi bahu.

Cukuplah Wan Azizah dan ahli politik  cuba meracuni pemikiran rakyat dengan membuat pelbagai dakwaan layanan buruk yang diterima oleh Anwar kerana dia seolah-olah sedang menikmati layanan VIP di penjara berbeza dengan banduan lain.

Pada masa yang sama harus mengakui negara Malaysia mempunyai kemudahan rawatan yang setanding dengan negara lain,bukan dengan memperlekehkan kepakaran rakyat tempatan didalam bidang perubatan mahupun kelengkapan perubatan memandangkan Wan Azizah juga seorang doktor...tak standard sangatkah doktor di Malaysia ni...!mungkin Wan Azizah ada jawapan yang terkunci dihati,dimangga dimulut..

No comments:

Post a Comment