Pages

Sunday, 18 October 2015

WASPADA KONGSI MAKLUMAT PERIBADI DI MEDIA SOSIAL


18/10/2015 ROMPIN - Penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) dikawasan luar bandar adalah merupakan salah satu program yang dirangka oleh kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk merapatkan jurang digital dengan masyarakat bandar.

PI1M Felda Selendang sebagai contohnya merupakan salah satu kawasan yang dipilih secara kolektif bagi memberikan peluang kemudahan akses internet dan peluang kepada masyarakat luarbandar mendekati dan mendalami teknologi komputer dan internet.







"Namun begitu adalah diingatkan supaya pengguna internet khususnya dilaman sosial lebih bijak menggunakan kemudahan yang disediakan seperti di PI1M.Memuatnaik status peribadi seperti lokasi dan masa  dimana kita berada boleh memudahkan tugas penjenayah "

"Sikap cuai dengan berkongsi apa sahaja kisah peribadi harus dielakkan kerana bukan semua rakan media sosial kita kenali".ujar YB Dato'Shahaniza Hj.Shamsuddin Exco Pembangunan Wanita Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang yang juga ADUN Kuala Sentul ketika merasmikan Pusat Internet 1Malaysia Felda Selendang Rompin Pahang.

Hadir sama di majlis perasmian tersebut YB Kapten(B) Dato'Johari Hussain Exco Belia dan Sukan merangkap ADUN Pulau Tioman.



No comments:

Post a Comment