Pages

Thursday, 8 October 2015

PENANGAN SOSMA,MATTHIAS CHANG LANCAR MOGOK LAPAR


Khairuddin Abu Hasan yang kini di tahan di bawah SOSMA kini sudah berteman.Kegusaran Umi Aida mungkin sedikit berkurangan memandangkan suaminya Khairuddin Abu Hasan kini sudah memiliki teman kalaupun bukan sebilik tapi ditahan di bawah Seksyen 124K and 124L Kanun Keseksaan, sama seperti Khairuddin.

Matthias Chang seorang peguam yang juga bekas Setiausaha Politik Tun Mahathir Mohamad,telah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Sejurus selepas ditahan beliau mengumumkan untuk melancarkan mogok lapar sebagai tanda protesi namun tidak menyatakan sampai bila mogok lapar itu akan dilakukannya.

Dia ditahan sewaktu mengunjungi anak guamnya Datuk Khairuddin Abu Hasan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi tengahhari tadi.Penahanan Chang disahkan oleh peguamnya Mohd Akmal Afiq Mohamad.

"Kami melawat anak guam kami 2 petang tadi, sejurus habis melawat kira-kira jam 2.30, Pegawai Bukit Aman ASP Muniandy menahan Mathias di bawah Sosma mengikut Seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan, sama seperti Khairuddin,” katanya.

Hebatlah Matthias Chang jika dia mampu mogok lapar demi merealisasikan agenda pemimpin tertentu yang bersenang senang makan di hotel mewah sedangkan dia terpenjara.

Mungkin SOSMA hanya dilabelkan sebagai undang-undang yang dikuatkuasakan berdasarkan keganasan tetapi perlu juga diingat menggulingkan kerajaan  dengan cara yang tidak demokratik dengan bersekongkol dengan pihak asing adalah elemen yang mampu mencipta sejuta keganasan tanpa disedari.

Jika peguam bijak mentafsir undang-undang..undang undang juga boleh mentafsir anda seorang peguam yang bagaimana...



No comments:

Post a Comment