Pages

Thursday, 1 October 2015

JUMPA DUIT 10 SEN TAK AMBIL MINYAK NAIK 10 SEN GARU KEPALA


Apakah yang akan anda lakukan jika ketika sedang berjalan jalan ditempat yang ramai orang dengan secara tiba tiba ternampak duit syiling 10 sen.

Menjeling-jeling atau pun buat-buat tak tahu tetapi boleh kata mungkin buat-buat tak nampak lah.Mungkin berbeza jika sedang mencangkung di tandas melayan perasaan sambil meneran di dalam tandas terlihat duit syiling 10 sen.

Kemungkinan besar jari pantas mencapai,lalu dibelek belek berulang ulang kali bertapa bertuahnya mendapat  syiling 10 sen.Boleh juga digunakan untuk masuk ke tandas awam..itupun belum cukup.


Manusia memang bergitu,rasa ego diri yang tertanam sedar atau tidak hanya memandang sinis syiling 10 sen,apalah sangat yang dapat dibeli dengan wang 10 sen.

Tetapi bilamana terdesak tanpa wang syiling kita tidak dapat menggunakan tandas awam.Namun boleh saja melupakan betapa mahalnya syiling 10 sen dengan hanya berlari ke semak belukar melepaskan hajat jika sayang mahu mengeluarkan wang 10 sen.Nasib baik jika tidak di kejar anjing yang mungkin turut sama melepaskan hajat di semak samun.

Namun bila minyak naik 10 sen,ada  yang berkerut di dahi.Menggaru-garu rambut yang tidak gatal di kepala sambil mula merungkai teori ciptaan sendiri mengapa minyak asyik naik.

Mulalah terfikir bagusnya kalau dapat berbini dengan anak tokeh pam minyak atau bagi perempuan seronoknya andainya dapat berlaki dengan tokey pam minyak..tak kisahlah kepala botak atau perutnya buncit,asalkan tidak perlu berfikir tentang minyak naik atau tidak.

Tapi yang pastinya orang politik akan menjadi sasaran yang paling mudah untuk melampiaskan kemarahan bilasaja berlaku kenaikan harga minyak.

Ketika keluarkan duit BR1M ....tiba2 hilang ingatan...penyakit lupa yang tak hilang-hilang..

No comments:

Post a Comment