Pages

Tuesday, 29 September 2015

SAMAN JAIP KHUTBAH AIDILADHA BUKA PEKONG SIAPA DIBELAKANG DAP PAHANG


Tuntutan permohonana maaf DAP  melalui Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puri ke atas Jabatan Agama Islam Pahang atau berhadapan dengan tindakan saman berkenaan isu khustbah khas AidilAdha adalah tindakan yang menampakkan tembelang DAP sebenarnya.

Khutbah Khas Aidil Adha itu didakwa oleh DAP berbaur fitnah

Teks khutbah Aidiladha itu menyebut:

“Dewasa ini kita melihat perpecahan umat Islam di negara kita terutama bangsa Melayu begitu ketara. Perpecahan ini kerana mengutamakan parti politik melebihi perpaduan dan persaudaraan Islam seperti Umno, PAS, PKR dan ditambah parti baru yang dinamakan Gerakan Harapan Baru (GHB). Malahan ada di kalangan umat Islam yang menyertai parti DAP yang terang-terangan menentang Islam.

“Sepatutnya umat Islam bergabung dan bersatu suara walaupun berlainan dasar politik mereka…”


Mufti Pahang sebaliknya enggan memohon maaf sebaliknya menyelar DAP yang campurtangan dalam hal ehwal Islam.Setakat ini kenyataan Mufti Pahang Dato Seri Dr Abdul Rahman Osman mendapat sokongan pelbagai lapisan masyarakat Islam termasuk Dewan Ulama PAS Perak dan PERKASA.

Bagi DAP inilah peluang  untuk menguji sejauh manakah orang Melayu yang dipilih sebagai pemimpin DAP meletakkan kepentingan parti berbanding agama dan bangsa sendiri.

Selaku Pengerusi DAP Pahang yang juga Ketua Pembangkang DUN Pahang,Tengku Zulpuri yang juga ADUN Mentakab perlu menunjukkan belangnya setelah menggantikan mereka yang lebih senior dan berpengalaman dalam politik Pahang.

Strategi DAP pada PRU 13,Tengku Zulpuri adalah calon MB Pahang yang akan mewakili DAP sekiranya pembangkang menguasai DUN Pahang namun hasrat itu terbantut bilamana BN kembali menguasai majoriti 2/3 pada PRU ke 13 yang lalu.

DAP menyedari perlunya melantik pemimpin boneka andaikata berjaya merampas Pahang dari BN.Lantas memilih Tengku Zulpuri sebagai calon Melayu DAP di Mentakab walaupun sebenarnya DAP boleh sahaja melantik calon dari keturunan Cina bagi DUN Mentakab.Harus diingat Pahang seperti mana negeri negeri yang mempunya Raja dan Sultan akan memilih Menteri Besar dikalangan Melayu beragama Islam.

Pada PRU 13,pembangkang memenangi 12 kerusi dengan DAP mendominasi 7 kerusi,PAS tiga kerusi manakala PKR 2 kerusi.DAP  menang di DUN Mentakab (Tengku Zulpuri Shah Raja Puji), Tanah Rata (Leong Ngah Ngah), Tras (Choong Siew Onn), Bilut (Chow Yu Hui), Triang (Leong Yu Man), Sabai (D Kamache) dan Ketari (Lee Chin Chen) dan PKR juga dimenangi oleh dua wakil Cina, DUN Semambu (Lee Chean Chung), Teruntum (Sim Chong Siang).

Kenapakah Tengku Zulpuri dilantik sebagai Ketua Pembangkang di DUN Pahang bukannya ADUN Tanah Rata iaitu Leong Ngah Ngah yang menjadi ADUN sejak 1990 sehingga sekarang.Apakah muslihat DAP melantik Tengku Zulpuri?

Pada PRU 13,hanya Tengku Zulpuri merupakan calon Melayu dari 102 calon DAP manakala selebihnya adalah dari kaum Cina.DAP mengekploitasi kerabat Diraja Pahang ini yang juga merupakan anak sulong kepada Tengku Puji Tengku Abdul Hamid, bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga merupakan bekas AJK PAS Pusat.

Beliau memilih DAP sebagai wadah perjuangannya dan bukannya PAS mungkin kerana menyedari peluang beliau di dalam politik PAS tidak akan pergi jauh sebaliknya memilih jalan mudah dengan menyertai DAP menggunakan status Melayu sebagai batu loncatan.

Tengku Zulpuri memenangi DUN Mentakab pada PRU ke 13 dengan majoriti 1,554 undi dengan memperolehi 7,882 undi mengalahkan Chuah Boon Seng dari BN yg memperolehi  6,328 undi.

DUN Mentakab mempunyai 16,991 pengundi dengan pecahan mengikut kaum Melayu 52.04%,Cina 40.07%,India 5.83% dan lain lain 2.06%.Jumlah yang keluar mengundi pada PRU 13 ialah 14,467 iaitu sebanyak 85.14 peratus mengundi.

Namun beliau meruapakan antara 6 orang Melayu yang tewas didalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti baru baru ini.

DAP semestinya mahu pemimpin Melayu yang berhadapan JAIP sebagai kuda tunggangan walaupun sudah terang lagi bersuluh DAP sememangnya anti Islam dan Melayu .


Larang pembinaan masjid – Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong Sze Phin tidak membenarkan sebarang pembinaan masjid kerana didakwa menggangi ketenteraman awam.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/diskaun-bumiputera-pas-selangor-tidak-selesa-syor-tony-pua




No comments:

Post a Comment