Pages

Friday, 11 September 2015

KISAH SEDUYUN KELIP KELIP ,BAJU KUNING DAN BAJU MERAH


Tubuhnya tidaklah besar seperti gorila,kecil sahaja.Maklumlah spesis kumbang yang terbang bermusim di malam hari..kalau kelip kelip muncul di siang hari itu maknanya kelip kelip gila la tu.Ribuan kelip kelip mahunya bertenggek di pohon berembang sepanjang likuan sungai.Namun usianya tidaklah lama,2 atau 3 bulan berakhirlah keangkuhan si kelip-kelip.


Semalam,manusia berbaju kuning berhimpun lagi,.Datangnya berduyun duyun tapi spesis yang sama berkulit cerah bermata sepet.Tubuhnya kecil sahaja tapi nafsunya kelihatan setinggi Menara Taipei.Ada dikalangan baju kuning membawa bersama penyapu.Kata mereka Jalan Tunku Abd Rahman ini kotor sekali maka perlu di bersihkan.

Tapi manusia berbaju kuning itu bermulut besar...ada orang kata mulut lembik mungkin kerana kuat makan itek cucuk leher.Sambil membawa penyapu,didalam fikiran masing2 terbayangkan kegemilangan Chin Peng memegang senapang dan bukan penyapu.

Esok...akan ada pula mereka segerombolan manusia berbaju merah yang lupa bertanjak dan berkeris.Kulit sawa matang ,cuma fikiran yang kurang matang.Menyusuri Petaling Street dan Bukit Bintang dengan bermodalkan suara tapi sayang hanya bertandang.

Siapakah empunya gudang..baju merah jaga di gudang.Siapakah empunnya ladang..baju merah hanya buruh di ladang..Siapakah empunya kilang..baju merah hanya operator yg malang.

Si kelip-kelip,si baju kuning dan si baju merah ini sama sahaja.Gahnya hanya pada terang ketika berduyun duyun..bila terpisah hilang dibawa malam.

Si kelip-kelip,si baju kuning dan si baju merah ini,datangnya bermusim.Hanya  menjadi tontonan pada waktu-waktu tertentu.Mana mungkin sepanjang tahun angkuh bercahaya...tiba waktu siang menjelma bersembunyi di balik pohon berembang.



No comments:

Post a Comment