Pages

Thursday, 27 August 2015

#BERSIH4.0 JANGAN BIARKAN MELAYU DIBANGSATKAN DAP


Menuju ke tarikh 31hb Ogos kita ingin sekali meraikan Hari Kebangsaan ke 58.Tema #SehatiSejiwa dipilih sebagai memupuk semangat perpaduan melalui Hari Kebangsaan.Namun hasrat kerajaan seringkali di gagalkan dengan tindakan pembangkang di Malaysia yang sama sekali tidak mencerminkan kematangan berpolitik.

#BERSIH4.0 hadir lagi selepas penganjuran acara sebegini selepas diadakan berkali kali sebelum ini.Malangnya ianya diadakan begitu hampir dengan tarikh Hari Kebangsaan seolah oleh ingin mengambil kesempatan .

Hanya orang tidak berakal sahaja melihat BERSIH 4.0 adalah anjuran NGO yang kononnya menjadi wira dalam memperjuangkan ketelusan Pilihanraya di Malaysia.Dengan  pelbagai dakwaan penipuan  dan manipulasi kerajaan.


Apakah 89 kerusi Parlimen yang dimenangi pembangkang dari keseluruhan 222 kerusi Parlimen tidak sah?Adakah Azmin Ali,Lim Kit Siang dan Mohd Amar Nik Abdullah yang mengepalai 3 negeri di Malaysia memenangi PRU secara tidak adil?

#Bersih 4.0 hanyalah propaganda berterusan bagi mengekalkan momentum kebencian kepada kerajaan.Tiada demontrasi bermakna pembangkang akan semakin lesu dan kelihatan tempang.Ceramah ceramah politik tidak lagi mendapat sambutan yang hanya dihadiri oleh kerusi kerusi bukan lagi rakyat marhaen.









No comments:

Post a Comment