Pages

Sunday, 7 June 2015

MUHYIDIN DAN HADI AWANG LARI KELUAR BANGUNAN RASAI GEGARAN GEMPA DI SABAH


Ranau – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini dibawa keluar dari sebuah restoran di Liwagu ke tempat selamat selepas satu gegaran susulan berlaku pada jam 1.32 petang tadi.

Gegaran terbaharu yang berlaku dalam beberapa saat itu dicatatkan pada 3.7 skala Richter.



Muhyiddin sedang menghadiri satu taklimat dan mesyuarat tertutup mengenai tragedi yang berlaku di Gunung Kinabalu daripada pasukan keselamatan ketika gegaran berlaku.

Sejak tiga hari lalu, beberapa gegaran susulan melanda Ranau, daerah di mana terletaknya Gunung Kinabalu.

Sidang media turut diadakan di luar bangunan.

Turut hadir adalah Presiden Pas Abdul Hadi Awang, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Menteri Pelancongan, Budaya dan Alam Sekitar Datuk Seri Masidi Manjun.

Setakat ini 13 orang disahkan maut akibat gempa bumi yang melanda Sabah, Jumaat lalu. Kesemua yang disahkan maut berada di Gunung Kinabalu, melibatkan mangsa rakyat tempatan, Singapura, China, Filipina dan Jepun, manakala enam lagi masih dicari.

Gempa bumi yang berpusat di 14 kilometer di utara Ranau iaitu kira-kira dua jam perjalanan melalui jalan pergunungan dari Kota Kinabalu, melanda Sabah pada jam 7.15 pagi.

Gegarannya dirasakan di pantai barat dan kawasan pedalaman Sabah tetapi lokasi yang menerima akibat yang teruk adalah di Gunung Kinabalu dan Ranau di mana beberapa tanah runtuh dilaporkan belaku.

Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah Abdul Malek Tussin berkata, kedalaman gempa bumi dilaporkan pad 54 kilometer dengan gegaran yang dapat dirasakan di Ranau, Tambunan, Tuaran, Kota Belud dan kawasan pedalaman.


No comments:

Post a Comment