Pages

Friday, 1 May 2015

#PRKROMPIN TAPAK PERUMAHAN GEN 2 FELDA DICEROBOH CALON PAS ROMPIN




Ibarat kokok berderai-derai,ekor berderai tahi..itu lah yang dapat dikatakan kepada mereka yang cakap tak serupa bikin.Di PRK Rompin kali ini antara isu yang kerap dicanangkan dan dijaja di tanah rancangan FELDA adalah perumahan generasi kedua FELDA.

Bagaimana mahu memperjuangkan perumahan generasi ke dua FELDA sedangkan calon PAS di PRK Rompin Nazri Ahmad diberitakan telah menceroboh tanah FELDA dengan membina bangunan Tahfiz ditanah rezab FELDA.

Bila isu ini ditimbulkan pastinya akan ada suara-suara yang akan mengatakan inilah dia kerajaan BN yang senantiasa menindas pendidikan agama.Pembinaan Tahfiz atau apa apa yang berkaitan agama seharusnya bukan dijadikan alasan kita menghalalkan cara dan pendekatan kita dalam sebuah masyarakat.

Calon PAS dikatakan telah menceroboh tanah rezab FELDA di Keratong  yang pada awalnya dengan tujuan untuk membina kilang keropok tetapi akhirnya telah membina bangunan sekolah tahfiz di tanah rezab FELDA tanpa membuat sebarang permohonan kepada FELDA tuan punya tanah.

Apa yang menjadi persoalan sekarang beberapa lagi bangunan tambahan telah dibina sehingga memasuki Tapak Perumahan Generasi Kedua FELDA yang dicadangkan.Jika ini berterusan apakah nasib generasi kedua FELDA yang lain untuk memiliki rumah sedangkan mereka juga berhak.Isunya adalah kepentingan orang ramai seharusnya menjadi keutamaan dan bukannya hak individu.

FELDA tidak zalim dengan merobohkan sebarang binaan sekolah Tahfiz berkenaan tetapi jika kepentingan orang ramai terganggu sudah pasti adalah tidak adil kepada generasi kedua  yang inginkan perumahan mereka yang dicadangkan tetapi telah diceroboh oleh calon PAS yang selama ini begitu lantang memperjuangkan nasib anak peneroka FELDA khususnya perumahan generasi kedua.

FELDA telah beberapa kali menghantar surat amaran bagi memberhentikan pembinaan bangunan tersebut tetapi tidak diendahkan,bukan niat untuk meroboh tetapi binaan binaan yang baharu dibuat itu telahpun memasuki tapak cadangan perumahan generasi kedua yang dicadangkan.

Kepentingan orang ramai harus diutamakan,janganlah jadikan tanah FELDA ini sebagai tanah nenek moyang sendiri kerana FELDA adalah tuan punya tanah yang sah.Apa yang kita akan rasa dan kata jika tanah milik kita orang lain ceroboh sesuka hati tanpa meminta kebenaran...pastinya ia akan menimbulkan rasa tidak puashati.

Di Pahang sekolah pendidikan agama telah dan semakin banyak dibina termasuklah tahfiz menjadikan negeri tertinggi memiliki dan membiayai sekolah agama rakyat dan tahfiz di negeri ini.Mengatakan kerajan negeri tidak peka kepada pendidikan agama adalah sesuatu yang tidak benar.

PAS seharusnya berhenti menjadi juara rakyat khususnya di FELDA kerana tiada apa yang dilakukan untuk kebaikan warga FELDA selain memecahbelahkan keharmornian di tanah FELDA.Calon PAS pula jangan kuat sangat berkokok...sebab ekor berderai tahi...





No comments:

Post a Comment