Pages

Monday, 27 April 2015

#PRKROMPIN PAS HINA PENEROKA SANGGUP TERIMA RM 20 UNTUK UNDI


Kempen PRK Rompin sekali lagi menyaksikan belang sebenar parti yang dikatakan memperjuangkan Islam.Sebagai parti yang dikatakan Islamik tentunya akhlak menjadi taruhan supaya dijadikan contoh bagi dicontohi rakyat marhaen.Namun berbeza dengan PAS yang semakin hari semakin hilang arah tujuan demi kekuasaan politik.

Ceramah PAS kali ini dipenuhi dengan serangan peribadi yang melampau ditujukan kepada pemimpin politik.Memang sudah jadi lumrah orang berpolitik menerima kecaman dan kritikan tetapi menghina pengundi adalah cara yang begitu memalukan bagi sebuah parti yang dikatakan menggunakan Islam sebagai wadah perjuangan.

Menyedari betapa pentingnya undi peneroka di PRK Rompin,mereka dijadikan sasaran PAS melancarkan kempen dengan pelbagai cara dan apa yang menyedihkan bilamana seorang yang bergelar YB mengeluarkan kata kata penghinaan kepada peneroka FELDA 

"Ala, Pengundi Keratong 8 ini bagi 20 ringgit boleh sahaja"

Beliau dipetik sebagai berkata sedemikian ketika berceramah di Keratong 8 sewaktu hari ke 3 kempen PRK Rompin.

Sikap bongkak dan angkuh dengan menghina masyarakat peneroka adalah reaksi PAS yang selama ini gagal menembusi kubu kuat BN dikawasan tanah rancangan FELDA lantaran gagal mengawal diri dari melakukan penghinaan sedemikian rupa.PAS harus sedar peneroka di zaman sekarang jauh berbeza dan telah berubah menjadi masyarakat yang tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang.

Peneroka sentiasa berterima kasih kepada kerajaan BN yang selama ini memperjuangkan nasib mereka dari kehidupan yang sukar sewaktu ketika dahulu sebelum memasuki tanah rancangan FELDA ke satu kehidupan yang sempurna.

Keceluparan mulut pemimpin PAS ini perlu ditutup dengan menolak pembangkang pada PRK kali ini kerana maruah peneroka tidak boleh dijual beli dengan hanya RM 20...penghinaan ini wajar dibalas dengan mengundi BN bagi mengajar mereka yang makin kurang ajar.


No comments:

Post a Comment