Pages

Saturday, 6 December 2014

GEMPAR 'KEPALA' KANAK-KANAK DIPANCUNG ANGGOTA TENTERA


Peristiwa yang menyayat hati apabila 'kepala' kanak-kanak yang tidak berdaya dipancung anggota tentera.Kejadian ini turut disaksikan bapa kanak-kanak yang tidak mampu melakukan apa-apa melainkan berdoa.Mahu tidak mahu mereka terpaksa dikorbankan kerana ianya sudah menjadi tradisi selama ini.Walaupun meraung kesakitan namun tiada siapa yang mampu membantu kanak-kanak ini yang terpaksa menghadapinya hanya kerana mereka kanak-kanak lelaki.Eeerrhmmm...poyo je intro entry kali ni..


Tiada kematian pun cuma mati akal sahaja.Musim cuti sekolah adalah waktu yang paling sesuai bagi kanak-kanak lelaki ini di potong 'anu'nya.Berbagai istilah yang digunakan antaranya khatan,bersunat atau pun masuk jawi namun iatulah yang dilalui oleh 65 kanak-kanak lelaki dari DUN Kuala Sentul yang dikhatankan oleh Tok Mudim dari Angkatan Tentera Malaysia.Seramai 25 anggota tentera yang terlatih dalam bidang 'memotong anu' ini melakukan aktiviti kemasyarakatan dengan kerjasama ADUN Kuala Sentul YB Dato'Shahaniza Shamsuddin.



Kalaun di zaman dahulu kanak-kanak lelaki yang bakal dikhatankan kebiasaanya akan berendam di dalam sungai,kata orang tua agar'anu'nya kecut tapi sekarang lain pula caranya.Bomba kini mempunyai tanggungjawab sosial sendiri dengan memandikan mereka.Mungkin masa sudah berubah...tiada lagi istilah berkubang didalam sungai.Peralatan juga berbeza..tiada lagi makan sireh jampi dan duduk di atas batang pisang.











Menempuh alam remaja dan melangkah ke dunia baru.Semoga pengalaman mereka yang dikhatankan oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia kan abadi dalam kenangan serta membawa semangat patriotisme kedalam kehidupan apabila dewasa kelak .


No comments:

Post a Comment