Pages

Tuesday, 16 December 2014

BAJET SURPLUS NEGERI PAHANG KALI KE 12 DALAM TEMPOH 21 TAHUN



Negeri Pahang mencatatkan Bajet Surplus kali ke 12 dalam tempoh 21 tahun semenjak tahun 1992 hingga 2013.Y.A.B Dato'Seri DiRaja Adnan Hj Yaakob Menteri Besar Pahang ketika membentangkan Bajet 2015 di Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang Kali Ke 3 Penggal ke 2 yang ke 13 berkata ini menunjukkan Kerajaan Negeri sentiasa berhemah dalam menguruskan perbelanjaan Negeri.Lebihan atau 'surplus' sebanyak 6.58 juta pada Bajet 2015 berdasarkan kutipan hasil sebanyak RM879 juta manakala Bajet untuk mengurus dan Pembangunan berjumlah RM872.47 juta pada tahun 2015.

Fokus utama Kerajaan Negeri Pahang melalui Bajet 2015 menjurus kepada keseimbangan  diantara "capital ekonomi" dan "people economy" selain mengurangkan defisit fiskal merangkumi tiga perkara iaitu :-
  1. Memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi dan mempertingkatkan daya saing Negeri                                                      
  2. Mensejahterakan rakyat serta memperkasakan Agenda Bumiputera                                                                                     
  3. Mengukuhkan Pembangunan Modal Insan dengan mengukuhkan pendidikan.
INTIPATI BAJET 2015 NEGERI PAHANG

  • Pada tahun 2013 RM7.76 bilion pelaburan diluluskan memberikan peluang pekerjaan kepada 7,000 orang.
  • pada tahun 2014 KDNK Negeri diunjurkan mencapai RM 26.759 bilion dengan pertumbuhan ekonomi 5.5% .
  • pendapatan perkapita 2014 penduduk mencecah RM 26,750 dengan kadar peningkatan 1.8% berbanding tahun 2013.
  • pendapatan purata isis rumah diunjurkan naik kepada RM4,100 pada tahun 2014 menngkat 4% berbanding tahun 2013.
  • kadar kemiskinan(miskin tegar) menurun kepada 0.15%
  • kadar pengangguran berjaya dikurangkan kepada 2.5% tahun 2014 berbanding 2.6% tahun 2013.Bilangan tenaga kerja bertambah sebanyak 4.6%
  • sektor perkhidmatan menyumbang 51% iaitu sebanyak RM 16,632 juta kepada KDNK Negeri.
  • Rolling Plan keempat sebanyak 203 projek dengan nilai pelaburan 12 bilion telah diluluskan.
  • Bajet 2015 diperuntkkan sejumlah RM 872.42 untuk Belanja Mengurus dan Pembangunan.Peruntukan Bajet terdiri daripada RM 687.33juta meliputi Anggaran Perbelanjaan Mengurus dan Anggaran Program Pembangunan berjumlah RM 185.09 yang mana  RM90.09 juta adalah Sumber Negeri manakala RM95.00juta dari pijaman Kerajaan Persekutuan.
  • Anggaran Kutipan Hasl sebnyak RM879juta diperolehi dari hasil Tanah dan Galian RM371 juta,Hasil Perhutanan berjumlah RM 98 juta manakala pemberian Geran daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM165 juta dan RM165 juta dari lain-lain hasil.
  • Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) berjaya menarik pelaburan bernilai  RM10.5 bilion yang mewujudkan 8,500 peluang pekerjaan.
  • RM945.5 juta diperuntukkan untuk sistem Bekalan air bagi meningkatkan mutu perkhidmatan air dengan sasaran 98% liputan diseluruh Negeri Pahang.Peuntukan RM242.45 juta melibatkan 13 projek dengan 60 pakej kontrak bagi kerja-kerja pembinaan loji rawatan air baru,pembinaan tangki simpanan air,pemasangan paip serta menaiktaraf sistem sedia ada.
  • Keutamaan Kerajaan  Negeri kepada rangkaian jalanraya pedalaman menghubungkaan Kuala Lipis ke Cameroon Highland dan dari Jerantut ke Sg Lembing.Kerajaan persekutuan telah meluluskan peruntukkan sebanyak RM 2 juta bagi kerja ukur dari Sg Lembing ke Jerantut dan perlaksanaan dijangka pada Rancangan Malaysia ke 11.
  • Industri perikanan negeri Pahang bernilai RM 1.28 bilion melalui pendaratan ikan laut sebanyak 110,594 tan metrik menjadikan Negeri Pahang penyumbang kedua pendaratan ikan laut di Malaysia.
  • Industri pelancungan menjana pendapatan  RM 7.08 bilion pada tahun 2013 dengan jumlah kedatangan pelancung kedua tertinggi di Malaysia selepas Kuala Lumpur iaitu seramai 10.6 juta kemasukan pelancung.
  • Sasaran Kerajaan Negeri menyediakan sebanyak 15,000 buah rumah mampu milik dalam tempoh 5 tahun dari tahun 2013 hingga tahun 2018.Sehingga kini lebih 17,000 unit buah telah mendapat kelulusan dan perlaksanaan.
  • Kerajaan Persekutuan telah meluluskan perlaksanaan 1,400 unit dibawah program Perumahan Rakyat DiMiliki(PPRM) dan Rumah Idaman pada tahun 2015 di beberapa lokasi seperti Kuantan,Cameroon Highland,Jerantut,Bentong,Maran dan Lipis.

Tuesday, 9 December 2014

BIAR GAMBAR BERBICARA ..ANUUWAR DAN GEREJA BERPISAH TIADA..


Ada yang suka meneka dan ada yang suka mentafsir..gambar memberikan seribu  makna dan munkin sejuta dan mungkin juga hanya satu makna ..boleh jadi ianya tidak bermakna.Namun gambar kehadiran Anuuwar di sebuah Gareja Katolik di Kajang Selangor sempena Jamuan Krismas menimbulkan persoalan.

Anuuwar cukup licik mempengaruhi penganut Kristian untuk mendapatkan undi dan menyedari hanya dengan memenangi hati masyarakat Kristian khususnya di bandar dapat mengekalkan pengaruh PKR di Selangor.Siapakah yang sebenarnya yang mempermainkan sentimen agama?Manusia berbagai rupa seperti beliau akan membuat u turn bila berceramah di masjid yang dipenuhi penganut Islam.

Pada majlis tersebut juga disampaikan sumbangan kepada umat Islam di dalam gereja seolah2 tiada tempat lain yang lebih sesuai untuk menyampaikan sumbangan.Kenapa tidak disampaikan di dewan orang ramai yang tidak mengundang persoalan dan kegusaran umat Islam.Kenapa harus di gereja?

Beliau juga terus menyerang kerajaan dengan mengapi apikan sentimen agama bagaimana kerajaan di dalam badjet 2015 hanya mengecualikan cukai kepada badan-badan Islam tetapi tidak kepada badan badan agama lain seperti Hindu Kristian dan lain2 agama.

Antara lain kandungan ucapan beliau dimajlis berkenaan yang mencerminkan siapakah Anwuuwar sebenarnya apabila beliau menyentuh isu bible yang dirampas MAIS

"sebab itu saya tegaskan, the 351 bibles must return back to church. And i promise, you (Kristian) will not alone, we (PKR) will with and behind you all the time. Don't worry, you can keep on my words"...sambil disambut dengan tepukan gemuruh.sumber

Begitulah permainan politik manusia yang bernama Anuuwar...









PERMOHONAN DAN KEMASKINI BR1M 2015 SECARA ONLINE


Permohonan bagi rakyat Malaysia yang memenuhi syarat seperti yang ditetapkan oleh kerajaan boleh dibuat secara online boleh di buat mulai 1 Disember sehingga 31 Disember 2015 dengan mengemaskini maklumat permohonana secara online melalui portal rasmi BR1M LHDNM di alamat seperti di bawah:-



Permohonana boleh juga dibuat secara manual dengan menggunakan Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 (BK-01) atau Borang Kemas Kini. Borang BR1M yang siap diisi boleh dikembalikan ke mana-mana cawangan atau Pusat Khidmat Hasil atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM .

Sebarang pertanyaan boleh juga dibuat melalui talian bebas tol 1-800-88-2716(LHDNM) atau talian 03-8882 4565 / 4566 (Kementerian Kewangan Malaysia)

Bagi mengetahui dan menyemak status permohonan BR1M,pemohon boleh menyemak dengan 4 cara iaitu :-
    • Semakan status BR1M secara online
      Semakan status permohonan BR1M secara online boleh dibuat di portal rasmi BR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) iaitu di alamat:
    • Semakan status BR1M melalui telefon
      Pemohon juga boleh menyemak status BRIM dengan menelefon nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 / 03-88824566 atau nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716. Semakan boleh dibuat setiap hari bekerja dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.
    • Semakan status BR1M  melalui email
      Semakan BR1M dan pertanyaan juga boleh dibuat menerusi emel ke alamatbr1m@treasury.gov.my. Sila nyatakan nama penuh dan nombor kad pengenalan anda di dalam emel tersebut.
    • Semakan status BR1M melalui pos
Bagi pemohon yang tak menyatakan nombor akaun bank, keputusan permohonan BR1M akan dimaklumkam melalui pos secara berperingkat-peringkat. Jika berjaya surat itu juga juga akan menyatakan tarikh dan juga tempat majlis penyerahan baucar.

Jika keputusan tidak berjaya, pemohon boleh merayu menggunakan borang rayuan yang boleh didapati di semua pejabat cawangan LHDN dan agensi kerajaan yang berkaitan, atau boleh dimuat turun dari laman web Kementerian Kewangan (www.treasury.gov.my)

Monday, 8 December 2014

Video dan Gambar Pergaduhan Penyokong Harimau Malaya.Memalukan..!



Sikap segelintir penyokong Harimau Malaya ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki di Stadium Shah Alam amat memalukan.Kekalahan 1-2 kepada Vietnam skuad bolasepak negara Harimau Malaya memang memalukan tetapi sikap segelintir penyokong Malaysia yang menyerang penyokong Vietnam benar-benar mencemarkan imej bolasepak negara.Kalah atau menang sesuatu pertandingan adalah lumrah.

Mereka yang terlibat harus dihukum kerana mereka adalah antara punca sukan bolasepak Malaysia semakin merosot.Semua pihak bermula dari pengurusan seperti FAM,pemain dan penyokong perlulah mempunyai sikap bertanggungjawab menjaga imej negara.Sebagai tuan rumah wajarlah kita menghormati mereka tidak kira siapakah tetamu kita.Bagaimanakah agaknya perasaan kita sekiranya nanti penokong kita yang berkunjung ke Vietnam bagi menghadapi perlawanan separuh akhir kedua diperlakukan sedemikian rupa.?


















SUBSIDI MILIKI RUMAH GENERASI KEDUA FELDA DIPERTIMBANGKAN KERAJAAN - NAJIB


PUTRAJAYA: Pemberian subsidi sama ada daripada kerajaan atau Felda dipertimbangkan bagi membolehkan generasi baharu Felda memiliki kediaman.

Ia disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika berucap merasmikan Himpunan Ikatan Hati Warga Felda Kebangsaan 2014 di sini hari ini, atas keprihatinan menyedari kesukaran generasi kedua memiliki kediaman sendiri.

Beliau berkata mesyuarat perlu diadakan untuk mencari penyelesaian bagi meningkatkan kemajuan pelaksanaan projek perumahan generasi kedua.

Antara aspek yang perlu diberi perhatian adalah harga yang berpatutan dan mampu dimiliki oleh generasi kedua, kata Najib.

"Felda perlu memastikan harga rumah generasi kedua adalah yang mampu dimiliki selain perlu ada subsidi sama ada subsidi kerajaan atau subsidi Felda," katanya.

Bagi membantu generasi baharu Felda memiliki kediaman sendiri, perdana menteri berkata Felda mungkin boleh memperkenalkan konsep sewa beli.

"Kalau tidak mampu, kita bagi mereka peluang untuk menyewa dulu, dan lepas lima tahun mereka boleh beli, tapi sebahagian besar mereka tidak mempunyai slip gaji dan payah untuk mendapat pinjaman bank," katanya.

Semalam, Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad tidak menolak kemungkinan Felda akan memperkenalkan kaedah sewa beli kepada generasi kedua Felda di bawah Projek Perumahan Generasi Baharu Felda.

Pada tahun lalu, Felda memperuntukkan sebanyak RM1.4 bilion bagi membina 20,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara dalam tempoh lima tahun bagi memberi peluang kepada generasi kedua untuk memiliki kediaman sendiri.

Najib berkata pemilikan rumah bagi generasi kedua Felda itu adalah antara cabaran dan tugas Felda untuk memelihara kepentingan generasi baharu, sambil menambah antara cabaran yang terlibat adalah berkaitan kos infrastruktur perumahan yang tinggi. - SUMBER

DATUK FUAD HASAN KETUA PENGARAH JASA MENINGGAL DUNIA


Negara Kehilangan seorang lagi pejuang bangsa Datuk Fuad bin Tan Sri Hasan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang menghembus nafasnya yang terakhir pada jam 12.20am di Hosptal Tunku Ampuan Afzan Kuantan Pahang.Beliau yang rebah ketika di Majlis Makan Malam Kementerian Komunikasi Dan Multimedia di Awana Kijal Kemaman telah dikejarkan ke Hospital Tunku Ampuan Afzan akibat serangan jantung.

Beliau adalah anak kepada tokoh agama pengajian Al Quran iaiutu Tan Sri Hj Hasan Azhari,merupakan anak kedua dan abangnya adalah bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan dan adik beliau pelakon terkenal Dato'Jalaludin Hasan.Berkelulusan Universiti Kebangsaan Malaysia beliau juga merupakan bekas ADUN  Hulu Kelang selama dua penggal.

Al - Fatihah..

Sunday, 7 December 2014

Saturday, 6 December 2014

GEMPAR 'KEPALA' KANAK-KANAK DIPANCUNG ANGGOTA TENTERA


Peristiwa yang menyayat hati apabila 'kepala' kanak-kanak yang tidak berdaya dipancung anggota tentera.Kejadian ini turut disaksikan bapa kanak-kanak yang tidak mampu melakukan apa-apa melainkan berdoa.Mahu tidak mahu mereka terpaksa dikorbankan kerana ianya sudah menjadi tradisi selama ini.Walaupun meraung kesakitan namun tiada siapa yang mampu membantu kanak-kanak ini yang terpaksa menghadapinya hanya kerana mereka kanak-kanak lelaki.Eeerrhmmm...poyo je intro entry kali ni..


Tiada kematian pun cuma mati akal sahaja.Musim cuti sekolah adalah waktu yang paling sesuai bagi kanak-kanak lelaki ini di potong 'anu'nya.Berbagai istilah yang digunakan antaranya khatan,bersunat atau pun masuk jawi namun iatulah yang dilalui oleh 65 kanak-kanak lelaki dari DUN Kuala Sentul yang dikhatankan oleh Tok Mudim dari Angkatan Tentera Malaysia.Seramai 25 anggota tentera yang terlatih dalam bidang 'memotong anu' ini melakukan aktiviti kemasyarakatan dengan kerjasama ADUN Kuala Sentul YB Dato'Shahaniza Shamsuddin.



Kalaun di zaman dahulu kanak-kanak lelaki yang bakal dikhatankan kebiasaanya akan berendam di dalam sungai,kata orang tua agar'anu'nya kecut tapi sekarang lain pula caranya.Bomba kini mempunyai tanggungjawab sosial sendiri dengan memandikan mereka.Mungkin masa sudah berubah...tiada lagi istilah berkubang didalam sungai.Peralatan juga berbeza..tiada lagi makan sireh jampi dan duduk di atas batang pisang.











Menempuh alam remaja dan melangkah ke dunia baru.Semoga pengalaman mereka yang dikhatankan oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia kan abadi dalam kenangan serta membawa semangat patriotisme kedalam kehidupan apabila dewasa kelak .