Pages

Friday, 26 September 2014

Sultan Selangor Murka Pakatan Rakyat Tidak Faham Fungsi Institusi Raja


Buat kesekian kalinya Sultan Selangor melahirkan rasa kecewa dan murka dengan tindakan ahli politik di Selangor khususnya melibatkan isu Menteri Besar Selangor.Baginda kali ini menegur ahli politik di Selangor supaya benar-benar memahami fungsi Institusi Raja yang sebenarnya kurang mendapat kefahaman yang jelas.

Menurut baginda ahli politik datang dan pergi sedangkan beliau mengambil dan menggalas tugas yang berat bukan seperti ahli politik yang mungkin berubah setiap lima tahun sekali.Pendekatan yang diambil oleh Pakatan Rakyat yang mendapat mandat memerintah di Selangor menjatuhkan MB Selangor dengan cara yang tidak berkhemah dan melampaui batas terutama dilakukan ketika bulan Ramadhan seolah olah tidak menghormati bulan yang suci.

Langkah Kajang yang diwarnai dengan fitnah dan menghasut dalam usaha menjatuhkan Khalid Ibrahim bena-benar mengecewakan baginda.Antara lain titah Sultan Selangor ketika Majlis Mengangkat Sumpah Exco Kerajaan Negeri Baru negeri Selangor:-


"Kemelut dan pergolakan dalam PR ini bermula daripada Langkah Kajang dan bermulalah usaha mereka untuk menyingkirkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

"Dengan ini timbullah pelbagai hasutan dan tohmahan untuk memburukkan Abdul Khalid. Perkara hasut menghasut dan melempar tohmahan-tohmahan terhadap beliau berterusan walaupun semasa bulan suci Ramadan, di mana umat Islam sepatutnya membuat ibadah dan membuat kerja-kerja amal yang diredhai oleh ALLAH untuk membersihkan dosa dan maksiat.

"Tetapi PKR tetap meneruskan agenda mereka walaupun dalam bulan Ramadan dengan terus menghina dan mencaci sehingga mereka berjaya dalam niat mereka untuk menjatuhkan Abdul Khalid," titah baginda dalam ucapan pada Majlis Pelantikan Exco Baru Negeri Selangor di sini, hari ini.

"Ahli-ahli politik datang dan pergi, mereka akan berkhidmat untuk selama lima tahun dan mungkin akan diganti pada pilihan raya yang akan datang. Tetapi kedudukan beta sebagai sultan yang memerintah negeri Selangor akan berterusan sehingga akhir hayat beta," titahnya.

"Sebagai sultan yang memerintah, tugas-tugas beta amatlah berat untuk memastikan rakyat Selangor yang beta kasihi ini dapat menikmati hidup yang berkualiti dan pembangunan negeri yang sempurna. Beta tidak campur tangan dalam pentadbiran negeri yang dijalankan oleh menteri besar. Beta hanya menasihatkan menteri besar jika terdapat sesuatu perkara yang boleh menyusahkan rakyat.

"Beta ingin mengingatkan bahawa sultan itu bukanlah sahaja dalam istiadat dan majlis rasmi, tetapi kuasa sultan adalah untuk melihat negeri dan rakyat Selangor hidup dalam keamanan dan maju jaya," titahnya.

"Beta dapati ada ahli politik yang tidak faham akan peranan dan kuasa Institusi Raja atau mereka sengaja tidak memahaminya kerana beta yakin mereka mempunyai agenda yang lain.

"Beta adalah Sultan yang memerintah Negeri Selangor sentiasa berpandukan pemerintahan beta dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang telah dimeterikan pada tahun 1959," katanya.



No comments:

Post a Comment