Pages

Wednesday, 17 September 2014

Royal Pahang International BillFish Challenge -Rompin Syurga Pemancing





Bila sahaja aku menerima tawaran untuk membuat liputan media Royal Pahang BillFish International Challege 2014(RPIC),sepertinya bulan jatuh ke riba kerana menantikan acara yang saban tahun berlangsung di Rompin Pahang anjuran bersama Kerajaan Negeri Pahang,Pejabat Kementerian Pelancungan dan Kebudayaan Negeri Pahang dan Lembaga Pembangunan Tioman dengan kerjaama Pelancungan Pahang,Tourism Malaysia,Persatuan Memancing Malaysia,Persatuan Memancing Kuala Rompin dan Lanjut Golden Beach & Golf Resort.



Antara objektif penganjuran mempopularkan sukan memancing sebagai produk pelancungan disamping menjadikan Rompin sebagai destinasi pilihan sukan memancing ikan layaran kepada penggemar sukan memancing tempatan ,serantau dan antarabangsa.Konsep tangkap dan lepas yang diamalkan sepanjang pertandingan ini juga mampu memberikan kesedaran kepada pemancing  bagi memastikan  sumber perikanan dan aktiviti memancing berkekalan.







Perairan Rompin merupakan laluan migrasi billfish dari Hemisfera Utara ke destinasi mereka di Australia bermula bulan Mac hingga September setiap tahun membawa gerombolan ikan billfish ke kawasan perairan Rompin sesuai dengan jolokan pemancing yang menggelar kawasan ini sebagai "Rompin Billfish Paradise".Pertandingan kali ini disertai oleh 120 peserta yang dibahagikan kepada 3 orang setiap kumpulan menjadikan 33 kumpulan yang menawarkan RM 60,000 sebagai hadiah keseluruhan.Pertandingan ini mendapat liputan 32 wakil dari pelbagai media dan blogger tempatan serta antarabangsa seperti New Zealand,Dubai Japan dan China bagi mempromosikan acara ini.


No comments:

Post a Comment