Pages
▼
Saturday, 20 September 2014
Majlis Peguam Bakal Berguling-Guling Atas Jalanraya Bantah Akta Hasutan
Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Peguam di Dewan MCA semalam meluluskan usul mengadakan bantahan aman terhadap penangkapan di bawah Akta Hasutan.Seramai 701 undi menyokong dan 13 membantah usul tersebut.Tangkapan yang dilakukan kebelakangan ini terhadap aktivis,pensyarah undang dan ahli politik disifatkan oleh Majlis Peguam didakwa kerana mereka mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.
Maka dengan itu mereka bercadang ingin membuat bantahan aman kononnya.Apakah selama ini siri bantahan aman diyakini akan menjadi begitu aman sekali.Malaysia sebenarnya lebih aman jika tiada demontrasi jalanan yang dipelopori oleh Anwar dan kuncu kuncunya.Adakah dengan mengadakan berdemontrasi sepanjang masa akan menyelesaikan masalah...?Peguam peguamlah yang sebenarnya yang mendapat laba sekiranya demontrasi yang awalnya dikatakan aman berakhir dengan kekecohan dan itulah yang mereka mahukan.
Jika berlaku tangkapan akibat kekecohan yang mungkin berlaku,peguam akan dengan mudah mendapat pelanggan.Benarkah mereka tidak akan mengenakan sebarang bayaran kepada anak guaman mereka?Bagi peguam yang terlibat dengan politik mereka akan menangguk di air keroh.Tiada yuran guaman asakan nama dan muka mereka terpampang di media massa sudah cukup bagi mereka.
Peguam-peguam yang menyertai demonstrasi nanti sebenarnya amat amat berharap mereka akan ditangkap dengan tujuan ianya akan menunjukkan kepada masyarakat dunia dan Malaysia khasnya bahawa Kerajaan Malaysia menindas pengamal undang-undang dan rakyat yang berbeza pendapat dengan pihak kerajaan.
Tangkapan dan pendakwaan dibawah Akta Hasutan tidak dilakukan sewenang wenangnya sebaliknya tentunya kenyataan berbaur hasutan yang dikeluarkan tidak kira siapa waimma pensyarah undang-undang tidak boleh dipandang ringan.Kita boleh berbeza pendapat tetapi mengeluarkan kenyataan yang mengundang kepada keresahan masyarakat perlu dibendung sebelum tidak terkawal lagi.
No comments:
Post a Comment