Pages

Thursday, 25 September 2014

Kerusi Exco Pas Patut Dikurangkan - Mak Lampir Ketua Wanita PKR


Selesai perebutan kerusi MB Selangor setelah perlantikan Azmin Ali kini timbul pula isu perlantikan Exco Kerajaan Negeri.Azmin Ali akan mengadap Sultan bagi mengemukakan senarai 10 orang Exco yang bakal mengangkat sumpah Jumaat ini .Ketua Wanita PKR ,Timbalan Pengerusi PKR Selangor,Mak Lampir mula tunjuk taring.

"Pandangan peribadi saya ialah kuota bagi setiap parti harus dikaji semula kerana PAS tidak sokong calon Menteri Besar kita ( PKR-DAP),'katanya.

Malah beliau seolah menyindir dengan berkata PAS hanya patut diberi ' kerusi saguhati' sahaja dalam barisan baru Exco.


Mak Lampir nak ajar PAS kerana memperlekehkan Wan Azizah yang merupakan Presiden PKR dengan mendakwa Wan Azizah tidak berkebolehan untuk dilantik sebagai pemimpin.Wan Azizah main cantik,beliau tak akan keluarkan kenyataan bagi membalas apa yang dikatakan oleh Hj Hadi tetapi saka-saka belaannya seperti Mak Lampir tak akan berdiam diri.


Azmin Ali sukar membuat keputusan,DAP telah melabelkan 4 exco PAS yang tidak mahu meletakkan jawatan dan kekal bersama TS Khalid dahulu sebagai pengkhianat.Jika benar Azmin Ali tidak melantik semula 4 Exco PAS maka jelaslah Azmin Ali kini menjadi boneka DAP di Selangor.



No comments:

Post a Comment