Pages
▼
Monday, 29 September 2014
Kelantan Bakal Jatuh Ke Tangan BN Nasarudin Belasah Lim Kit Siang
Pakatan Rakyat memang tidak sunyi dengan perbalahan sesama sendiri kerana tanpa perbalahan sesama sendiri mereka tidak akan popular.Popular bagi pemimpin PR penting demi kelangsungan politik mereka sekalipun ia melibatkan masalah dalaman parti.Kali ini tiba giliran Nasarudin Tantawi AJK Pas Pusat mantan Ketua Pemuda PAS terus membelasah DAP.Kalau sehari dua ini beliau mengecam tindakan Kerajaan Negeri P.Pinang yang diterajui DAP memecat Bendahari PAS P.Pinang daripada Ahli Jawatankuasa Tetap Majlis Perbanbandaran Pulau Pinang(MPPP) tidak berakhir begitu sahaja.
Seakan dendam kesumat Nasarudin tidak habis,berbeza dengan pemimpin PAS yang lain menjadi syaitan bisu bilamana PAS dibuli oleh DAP.Nasarudin menempelak Lim Kit Siang ekoran kenyataannya memberi amaran bahawa jika berlaku penurunan 4.5% di semua DUN di Kelantan seperti apa yang berlaku di Pengkalan Kubor, PR Cuma akan dapat 20 kerusi sedangkan BN 25 kerusi di Pilihan Raya Umum akan datang.“Dengan demikian kerajaan PR di Kelantan akan tumbang,”
Nasarrudin pula dalam kenyataan balas telah memberikan 3 analisa PRK secara peratusan penurunan undi Pakatan Rakyat yang diwakili oleh tiga parti berbeza
Dengan selamba Nasarudin menbidas Lim Kit Siang dengan nada sinis "bagaimana kekalahan PKR di Balingan dan DAP di Telok Intan..?
Sifirnya di sini mudah sahaja samada PKR DAP atau pun PAS semuanya mengalami penurunan undi disetiap PRK menunjukkan isyarat yang jelas pola penurunan berterusan setiap kali PRK diadakan.Pakatan Rakyat semakin tidak dipercayai oleh rakyat mampu mentadbir negara dan ternyata formula kesepakatan tahaluf siyasi atau apa sahaja nama kerjasama antara parti di dalam PR tidak mampu menunjukkan persefahaman kerana ideologi yang jelas berlainan.
No comments:
Post a Comment