Hari ini adalah hari yang penuh bermakna kepada lebih113,00 orang peneroka FELDA di seluruh negara apabila Perdana Menteri Dato'Seri Najib Tun Razak mengumumkan durian runtuh bernilai RM 1.6 billion kepada warga peneroka.Pengumuman tersebut dilakukan di FELDA Jengka 8 Jerantut Pahang dengan melibatkan beberapa fasa.Desas desus durian runtuh mula diperkatakan sejak akhir-akhir ini menjadi kenyataan dan bukan janji kosong kerajaan sebagai menghargai jasa dan pengorbanan peneroka apabila kerajaan mengumumkan untun menyenaraikan FGVH di Bursa Malaysia.Pengumuman itu disambut dengan tepukan gemuruh lebih 30,000 orang peneroka yang menantikan ketibaan Perdana Menteri.
Berikutan dengan pengumuman tersebut pembahagian durian runtuh itu terbahagi kepada 3 fasa iaitu :
FASA PERTAMA
Setiap ketua peneroka FELDA akan mendapat RM 5,000.00
FASA KEDUA
Setiap isteri peneroka akan mendapat RM 5,000.00
FASA KETIGA
Generasi Kedua FELDA akan mendapat RM 5,000.00
Pemberian durian runtuh tidak berakhir di situ sahaja kerana PM juga mengumumkan akan membertikan dividen dari Tabung Amanah yang akan ditubuhkan sebanyak 20% dari keuntungan selepas ditolak cukai.Sekiranya jumlah keuntungan FGVH mencecahRM 1.6 billion,setiap warga peneroka bakal menerima lebih kurang RM RM 1,000.00 setiap peneroka dan jika keuntungan itu bertambah maka jumlah dividen yang bakal diterima juga bertambah.Tidak cukup dengan itu juga PM juga mengumumkan akan memberikan "pinkform' kepada peneroka sebagai saguhati dan menasihati peneroka tidak menjualnya sebagai tabungan dimasa hadapan.
Semua durian runtuh ini tidak menjejaskan pemberian FELDA kepada peneroka sebelum ini seperti bonus hari raya,bonus produktiviti,saham KPF,pinjaman perumahan dan pelbagai insentif yang dinikmati selama ini.
Tidak dilupakan juga kakitangan FELDA disemua peringkat,semua petugas FELDA yang banyak membantu FELDA sehingga mencapai kejayaan kini dengan pemberian bonus dua bulan setengah gaji...ALHAMDULILLAH
P/S :bersyukurlah dengan apa yang dinikmati..jangan mudah terpedaya dengan hasutan pihak-pihak tertentu yang hanya ingin mencapai tujuan politik mereka.
Alhamdulillah....terima kasih YAB Perdana Menteri
ReplyDeleteKecik tapak tangan ,stadium Bukit Jalil kita tadahkan
ReplyDelete