Pages

Tuesday, 22 May 2012

Masukkan Anak Ke Dalam Mesin Basuh -Bapa Gila Timbulkan Kemarahan OrangRamai







Manusia memang suka bergurau..tambah pula kalau bergurau dengan anak-anak,guraun tu lambang kemesraan dan mendekatkan kita dan keluarga namun adakalanya guraun juga membawa bencana..terlebih gurau boleh buat kita berduka.

Tindakan bodoh si bapa dirakamkan oleh kamera litar tertutup yang di pasang disebuah premis dobi layan diri 

Laundromat,Amerika Syarikat .Video itu selama lima minit ini menunjukkan bagaimana ibubapa budak itu menjadi panik setelah memasukkan anknya kedalam mesin basuh mencetuskan kemarahan orang ramai sehingga ia telah ditonton oleh 26,000 di pelbagai saluran perkongsian video seperti You Tube.

Monday, 21 May 2012

Wanita Pakistan Yang Pernah Menggegarkan Majalah Time Kini Berubah


Masih ingatkah kepada wajah wanita Pakistan ini yang suatu ketika dahulu pernah menghiasi majalah TIME.Keberaniannya menentang budaya setempat membuatkannya tekad melarikan diri ke Amerika Syarikat ketika berumur 18 tahun kerana tertekan dengan perkahwinan paksa .Beliau kini berusia 22 tahun dan ingin meninggalkan trauma kehidupannya yang lalu dimana mengalami kecacatan sewaktu dibawah pemerintahan kerajaan Taliban.,berjuang dengan kehidupan baru setelah menjalani pembedahan dibahagian muka.

Aesha Mohammadzai.menjadi bahan berita TIME dan mendapat perhatian dunia yang simpati terhadap penderitaan wanita ini yang mengalami kecacatan kerana hidung dan telinga beliau di potong dengan kejam oleh pentadbiran Taliban Pakistan pada waktu itu kerana keengganannya berkahwin secara paksa.




Beliau mendapat suaka politik pada tahun 2011,kini sedang berjuang dengan membina kehidupan baru di Amerika selepas menjalani pembedahan 
konstruktif bagi membina semula wajahnya yang cacat.Beliau yang mula-mula tiba dengan tidak tahu bercakap sepatah perkataan Bahasa Inggeris kecuali bahasa ibundanya ,Pashto.Selepas itu beliau diberikan pendidikan dan hidung palsu namun kesan kekejaman Taliban tetap membuatkan ditrauma kepada kehidupannya yang lalu.Akibat taruma yang masih berparut dihati pembedahan terpaksa ditangguhkan sehinggalah emosi beliau stabil.Kisahnya bermula apabila beliau yang ketika itu berusia 12 tahun telah dipaksa oleh ayahnya untuk berkahwin dengan seorang pejuang Taliban bagi menyeleasaikan hutan ayahnya..Namun beliau memilih untuk melarikan diri kerana tidak bersetuju,nasibnya agak malang kerana ditangkap oleh suaminya dan menerima hukuman dipotong hidung dan telinga.

"'Apabila mereka memotong hidung dan telinga saya, tidak sedarkan diri. Di tengah-tengah malam, ia berasa seperti ada air sejuk di dalam hidung saya.
'Saya membuka mata saya dan saya tidak dapat melihat kerana semua darah,'katanya kepada CNN wartawan Atia Abawi.





Beliau tidak mahu mati di kawasan pergunungan itu dan berjaya merangkak ke rumah datruknya.Aesha dibawa ke sebuah tempat perlindungan di Kabul pada bulan Ogos 2010 dan diterbangkan ke Amerika Syarikat serta mendapat rawatan selama sepuluh minggu  oleh Yayasan Grossman Burn dan tinggal bersama keluarga angkat.Nasib beliau mendapat perhatian sebuah pertubuhan amal Wanita Untuk Wanita Afghanistan dan membantu dari segi mendapatkan pelajaran.






P/S:Mengapakah ada manusia yang mengatakan mereka lebih Islamik dari orang lain tetapi tindakan mereka sebenarnya tidak menggambarkan keindahan Islam,mereka sebenarnya hanya inginkan kuasa dan Islam hanya digunakan sebagai topeng dalam memnuhi impian politik mereka.

Tuesday, 8 May 2012

Peneroka FELDA Dapat Durian Runtuh Berjumlah RM 1.6 Billion


Hari ini adalah hari yang penuh bermakna kepada lebih113,00 orang peneroka FELDA di seluruh negara apabila Perdana Menteri Dato'Seri Najib Tun Razak mengumumkan durian runtuh bernilai RM 1.6 billion kepada warga  peneroka.Pengumuman tersebut dilakukan di FELDA Jengka 8 Jerantut Pahang dengan melibatkan beberapa fasa.Desas desus durian runtuh mula diperkatakan sejak akhir-akhir ini menjadi kenyataan dan bukan janji kosong kerajaan sebagai menghargai jasa dan pengorbanan peneroka apabila kerajaan mengumumkan untun menyenaraikan FGVH di Bursa Malaysia.Pengumuman itu disambut dengan tepukan gemuruh lebih 30,000 orang peneroka yang menantikan ketibaan Perdana Menteri.



Berikutan dengan pengumuman tersebut pembahagian durian runtuh itu terbahagi kepada 3 fasa iaitu :

FASA PERTAMA 

Setiap ketua peneroka FELDA akan mendapat RM 5,000.00

FASA KEDUA

Setiap isteri peneroka akan mendapat RM 5,000.00

FASA KETIGA

Generasi Kedua FELDA akan mendapat RM 5,000.00

Pemberian durian runtuh tidak berakhir di situ sahaja kerana PM juga mengumumkan akan membertikan dividen dari Tabung Amanah yang akan ditubuhkan sebanyak 20% dari keuntungan selepas ditolak cukai.Sekiranya jumlah keuntungan FGVH mencecahRM 1.6 billion,setiap warga peneroka bakal menerima lebih kurang RM RM 1,000.00 setiap peneroka dan jika keuntungan itu bertambah maka jumlah dividen yang bakal diterima juga bertambah.Tidak cukup dengan itu juga PM juga mengumumkan akan memberikan "pinkform' kepada peneroka sebagai saguhati dan menasihati peneroka tidak menjualnya sebagai tabungan dimasa hadapan.
Semua durian runtuh ini tidak menjejaskan pemberian FELDA kepada peneroka sebelum ini seperti bonus hari raya,bonus produktiviti,saham KPF,pinjaman perumahan dan pelbagai insentif yang dinikmati selama ini. 
Tidak dilupakan juga kakitangan FELDA disemua peringkat,semua petugas FELDA yang banyak membantu FELDA sehingga mencapai kejayaan kini dengan pemberian bonus dua bulan setengah gaji...ALHAMDULILLAH

P/S :bersyukurlah dengan apa yang dinikmati..jangan mudah terpedaya dengan hasutan pihak-pihak tertentu yang hanya ingin mencapai tujuan politik mereka.

Monday, 7 May 2012

Kanak-Kanak Ini Memiliki Kekuatan Luar Biasa


Jangan sesekali menyuruh adik anda ataupun anak anda melakukan aksi sebegini kerana akibatnya sangat buruk.Aksi diatas tentu sukar dipercayai  namun jika ia benar-benar berlaku..tentu sekali mulut anda akan ternganga melihat betapa luarbiasa sungguh kekuatan yang dimiliki oleh kanak-kanak seusia dengan kanak-kanak didalam photo di atas.Namun anda harus mempercayainya kerana ianya benar2 berlaku dan bukan teknik photoshope..
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>

Ha..!..ha...!...ha...! sekali imbas cuba lihat rumah diatas seakan-akan sebuah rumah yang terbalik kerana puting beliung atau taufan yang melanda tetapi sebenarnya rumah tersebut memang dibina dengan sedemikian rupa.Rumah yang diterbalikan ini merupakan salah satu tarikan pelancungan Austria oleh arkitek Irek Glowaki dan bukan sahaja rumah malahan keseluruhan perabut dan barang didalam rumah tersebut dipasang dengan cara terbalik,dipasang dengan cermat dan teliti.



Rumah ini terletak di bandar Terfens,15km ke barat Innsbruck.Pasangan Poland ini mengambil masa lapan bulan untuk menyiapkan hasil kerja mereka.Para pelawat akan merasa hairan sebaik sahaja menjejak kaki kedalam rumah terutama di bilik mandi dan garaj kereta kerana melihat semua peralatan tergantung dengan kemas,begitu juga bilik tidur kanak-kanak yang dipenuhi mainan yang melekat pada siling.



P/S:Camne lah nak buang air kat tandas tu..aku pun tak paham..fening2..

Sunday, 6 May 2012

Perempuan Ini Dipenjara Kerana Diperkosa




SEORANG perempuan Afganistan yang diperkosa suami dari sepupunya menghadapi dilema , iaitu menikahi pemerkosanya atau menghabiskan 12 tahun hidupnya di penjara. Meskipun sangat berat,dia memutuskan memilih pilihan pertama, menikahi pemerkosanya, untuk bebas dari penjara, kehormatannya, dan masa depan putri kecilnya yang lahir dari hasil pemerkosaan itu.

Badan Kehakiman Afghanistan, Rabu (23/11/2011), menegaskan adanya pilihan iaitu. Mahkamah memutuskan, mangsa pemerkosaan, dipenjara karena berzina, diberi pilihan untuk menikahi pemerkosanya dan masa hukumannya dikurangi dari 12 tahun menjadi hanya 3 tahun. 

Gulnaz, kini berusia 21 tahun dan pemerkosaaan itu terjadi dua tahun lalu. Mahkamah mengatakan, ia dihukum 12 tahun penjara karena perzinaaan. Waktu ini dia masih meringkok di penjara Baghbadam di pinggiran Kabul. Ia menjalani hukumannya bersama anaknya, hasil dari peristiwa pemerkosaan itu.

Pemerkosaan tersebut, yang menurut mahkamah merupakan perzinaaan, merupakan aib, bukan hanya bagi dia tetapi bagi masyarakatnya. Maka, dia diberi pilihan untuk menikahi penyerang agar boleh keluar dari penjara dan menjadikan anaknya sah dari segi perundangan bayi perempuannya di mata masyarakat Afganistan yang konservatif. Gulnaz yang saat diwawancara CNN sambil menimang putrinya di pangkuannya menjelaskan, pilihani menikah merupakan satu-satunya cara ia boleh keluar dari penjara dan memulihkan martabatnya.

"Putri saya, anak kecil yang tidak bersalah. Siapa yang tahu saya akan punya anak dengan cara seperti ini. Banyak orang mengatakan kepada saya bahwa setelah putrimu lahir berikan saja kepada orang lain, tetapi ibu saya mengatakan kepada saya untuk menjaga dia sebagai bukti bahwa saya tidak bersalah."

Dia ingat hari yang mengubah hidupnya dua tahun lalu itu, yang merupakan awal dari mimpi buruk yang panjang. Si penyerang tiba di rumah ketika ibu Gulnaz pergi untuk sebuah kunjungan singkat ke hospitat. "Pakaiannya (pemerkosa) kotor pada saat itu kerana dia bekerja sebagai buruh," katanya kepada CNN dalam sebuah wawancara eksklusif. "Dia menutup pintu dan jendela. Saya pun mulai berteriak, tapi dia membuat saya diam dengan meletakkan tangannya di mulut saya," katanya.

Gulnaz mengatakan, dia pada awalnya berupaya untuk menyembunyikan peristiwa itu karena takut akan dibunuh sebab telah menimbulkan malu atau aib. Namun, aib itu terbuka juga. Beberap bulan setelah pemerkosaan itu, ia mulai menunjukkan tanda-tanda kehamilan, berupa mual dan muntah-muntah di pagi hari. Ia tidak mampu menyembunyikannya lagi. Masyarakat sekeliling pun mula curiga kepadanya dan dia di dakwa kerana berzina. 

Bukannya mendapat simpati, ia malah didakwat. Namun dia merasa masih beruntung kerana karena mendapatkan kesempatan kedua. Banyak perempuan dalam keadaan sepertinya telah dibunuh di Afganistan karena insiden seperti itu memberikan rasa malu kepada keluarga atau masyarakat.

Seorang juru cakap mahkamah Agung Afganistan, Rahmatullah Nazar, mengatakan, hukuman terhadap Gulnaz dikurangkan menjadi hanya tiga tahun dan bahwa kesalahan utama dia adalah tidak melaporkan pemerkosaan yang menimpanya lebih awal. 

Rahmatullah Nazari mengatakan, mahkamah mendapati, tak ada pemerkosaan. Yang terjadi adalah hubungan seks di luar nikah. Maka, keduanya, si lelaki penyerang dan Gulnaz dihukum karena melakukan perzinahan. "Gulnaz mendakwabahawa dia diperkosa. Tapi karena dia melaporkan kejadian itu empat bulan kemudian, kami tidak boleh menemukan bukti (pemerkosaan) tersebut," kata Nazari. "Dia dihukum karena tidak melaporkan kejahatan itu pada waktunya."

CNN menemubual pemerkosa Gulnaz ke sebuah penjara di Kabul. Lelaki itu tidak mengaku melakukan hubungan seks dengan Gulnaz. Dia mengatakan, dia menjalani hukuman karena dituduh melakukan pemerkosaan. Dokumen keputusan menunjukkan, dia dipenjara karena "zina".

Para aktivis HAM mengatakan, kes pemerkosaan sering ditangani sebagai perzinaaan dalam sistem pengadilan di Afganistan.

Sementara Nazari menambahkan, bagaimanapun, Gulnaz akan segera menerima pengampunan presiden. "Ada kemungkinan kuat bahwa ia akan diampuni berdasarkan sebuah dekrit presiden pada hari-hari penting seperti pada Hari Raya Maulud Nabi atau tahun baru Afganistan," kata Nazari.

Menurut Nazari, siasatan pihak kehakiman Afganistan menyimpulkan, Gulnaz dan si penyerang telah beberapa kali berhubungan seks berdasarkan suka sama suka. Beberapa bulan kemudian, ketika Gulnaz dketahui hamil, kata Nazari, keluarga mereka bertemu untuk menyelesaikan masalah melalui cara pembayaran 'ganti rugi'. Ketika perbincangan menemui jalan buntu, Nazari mengatakan, tuduhan permerkosaan dibuat.

Pengadilan akhirnya mendapati, kedua belah pihak bersalah telah melakukan perzinaaan. Gulnaz dikenakan hukuman penjara dua tahun, dan si penyerang tujuh tahun. Namun setelah perbicaraan seterusnya,mahkamah kemudian menamba hukuman Gulnaz menjadi 12 tahun. Pada perbicaraan ketiga,bulan lalu, memutuskan bahwa Gulnaz hanya menjalani tiga tahun dari masa hukumannya. Mahkamah itu menyatakan, dia dihukum bukan karena perzinaan tetapi tidak melaporkan kejadian itu lebih awal. 

Sepanjang wawancara dengan CNN, Gulnaz menjadi emosional tetapi konsisten dan jelas dalam menceritakan kisahnya bahwa kejadian pemerkosaan hanya sekali terjadi oleh seorang penyerang, yaitu suami dari sepupunya. Peristiwa itu terjadi saat ibunya berkunjung ke rumah sakit dan ia sendirian di rumah.

Saturday, 5 May 2012

Detik Cemas Hampir Dimakan Cheetah


Percutian indah seorang wanita British Violet D’Mello di sebuah safari Afrika hampir bertukar menjadi igaun buruk dia hampir maut diserang seekor cheetah.Wanita yang berusia 60 tahun itu cedera selepas diserang cheetah ketika suaminya sedang mengambil gambar dia bersama cheetah berkenaan.Dia bernasib baik kerana tidak kehilangan matanya akibat serangan tersebut.Namun pengurus di safari berkenaan berkata cheetah itu sedang berfikir aksi sedemikian menggambarkan cheetah itu berfikir itu adalah saat dia bermain dan bukanlah aksi ganas.







P/S :Manja sungguh cheetah tu bergurau..

Friday, 4 May 2012

Gambar Sekitar Pernikahan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya


Dengan hanya sekali lafaz sahaja, pelakon cantik, Sharifah Norazean atau Scha Al Yahya sah menjadi isteri kepada Awal Ashaari selepas dinikahkan oleh bapa Scha sendiri, Syed Mahadzir Syed Kecik. 

Ia disaksikan oleh Pegawai Agama, Jabatan Wilayah Agama Islam (JAWI) Putrajaya, Mohd Salman Idrus. 

Pernikahan yang diadakan pukul 9.15 malam di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside menyaksikan Scha memakai persalinan baju nikah berwarna putih menerima mas kahwin sebanyak RM2,050. 

Semasa menunggu akad nikah dilafazkan oleh Awal, Scha sabar menunggu pembacaan khutbah nikah di atas pelamin indah yang bertemakan warna putih dan juga biru dengan ditemani oleh ibunya. 

Sebelum akad nikah dijalankan, jelas kelihatan perasaan gementar dan gugup di wajah Awal yang juga memakai persalinan baju melayu putih dan bersampin perak kebiruan. 

Sejurus selesai akad nikah berlangsung, Awal melakukan solat sunat sebelum upacara pembatalan air sembahyang dan menyarung cincin di jari Scha dilakukan. 

Kedua pasangan pengantin kemudiannya duduk di atas pelamin dan sempat memberikan ucapan kepada tetamu-tetamu yang hadir ke majlis bahagia mereka. 

Scha juga dilihat menitiskan air mata tatkala bersalaman dengan ahli keluarganya setelah sah menjadi isteri Awal. 

Majlis akad nikah yang sepatutnya disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria dan Astro Awani bagaimanapun tidak berlaku seperti mana yang dirancang. 

Difahamkan terdapatnya masalah-masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan semasa majlis akad nikah dilangsungkan.






P/S :Semoga bahagia ke anak cucu..tiba-tiba lak aku rasa nak bersanding sekali lagi....ooooowh...!

Kehebatan Viagra Boleh Didapati Dalam Jus Delima-18SX



Satu kajian mendapati dengan mengambil segelas Jus Delima didapati mampu meningkatkan keinginan seks lelaki dan perempuan kerana akan berlaku lonjakan tertosteron.Selain daripada itu Jus Delima juga mampu menambah mood dan ingatan anda.
Mungkin mendengar muzik menjadikan makanan cinta dan buah delima adalah pelengkap untuk itu.Jika lelaki dan perempuan mengambil jus delima selama dua minggu,mereka akan merasai peningkatan keinginan seks kerana tertosteron mereka juga akan meningkat. 


Penemuan terbaharu ini hasil kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Universiti Margaret di Edinburg membabitkan 58 sukarelawan yang berusia diantara 21 hingga 64 tahun.Selepas dua minggu tertosteron kedua-dua jantina meningkat.Bagi lelaki mereka akan merasai perubahan dari segi bulu dimuka,suara semakin garau dan keinginan seks yang meningkatdan bagi wanita ia dihasilkan dalam kelenjar dan ovari ,meningkatkan nafsu seks wanita,pengukuhan tulang dan otot.Testosteron yang bertambah dalam tubuh meningkatkan mood dan ingatan serta melegakan tekanan.
Sebelum nin,kajian juga mendapati jus delima penuh dengan anti oksidan yang mampu menghindari penyakit jantung dan membantu peredaran darah.Selain itu jus delima juga mampu melawan beberapa penyakit seperti barah,mengurangkan gejala osteoartritis,penawar gangguan pada perut.Penyelidik di Edinburgh mengukur paras testosteron,mengukur tekanan darah dan menggunakan skala sain,emosi pada tahap 11,termasuk ketakutan rasa bersalah dan malu.Paras testosteron meningkat antra 16 hingga 30 peratus dikalangan subjek dan tekanan darah terus menjunam.Emosi positif meningkat dan perasaan yang negatif semakin berkurangan.

P/S:Nak tanam buah delima kat tepi rumahlah...nak beli Viagra mahal beb...

Thursday, 3 May 2012

Bob Kuman Meninggal Dunia



KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak terkenal, Husni Mohd Rawi, 40, atau lebih dikenali sebagai Bob Kuman, meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, jam 4.38 petang ini.



Kematian artis komedi terbabit disahkan jururawat yang menjaganya sejak 15 April lalu, Mohd Farid Hamzah.
Artis berkenaan dilaporkan pernah berkata tahap kesihatannya menurun sejak terjatuh di set penggambaran drama "Jangan Pandang Belakang Congkak" di Hulu Langat tahun lalu.


Nadya Suleman Ibu Kembar Lapan Setuju Berlakon Filem Lucah


California –Nadya Suleman yang pernah menggempar dunia dengan kelahiran bayi kembar lapan, tiga tahun lalu bersetuju membintangi filem lucah bagi membolehkannya membayar hutang berjumlah lebih RM2.9 juta. 

Nadya kini telah pokai dan menangung hutang yang banyak, sehingga memaksanya mengemukakan permohonan muflis. 

Dia sebelum ini bergambar bogel dalam sebuah majalah hanya untuk mendapatkan bayaran sebanyak RM18,600. 

Selepas gambarnya diterbitkan, Nadya berikrar tidak akan berlakon dalam filem lucah namun kini selepas rumahnya terpaksa dijual, dia tidak mempunyai pilihan lain lagi.






“Saya terpaksa menelan semua kata-kata saya untuk tidak berlakon dalam filem lucah. Apa yang penting saya mahu menjaga keluarga saya.
“Jika saya mendapat bayaran yang lumayan dan boleh berpindah ke rumah yang saya mimpikan, maka saya akan melakukanya.,’’ katanya


Rumah yang didiaminya kini sepatutnya dilelong pada Isnin lalu, namun ia telah ditunda selama seminggu. 


Selain kembar lapan itu, dia juga mempunyai enam anak yang lain. 

Kelahiran kembar lapan itu adalah hasil teknik penyuburan yang dilaluinya


P/S : Macam kilang lah pulak aku tengok,skali keluar lapan,5 kali keluar boleh muat satu bas tapi sayang lebih susah nak peliahara anak..buat senang je kut..