Pages

Thursday, 16 November 2017

KETAKUTAN MENCUBA PENGHALANG KEJAYAAN



16/11/2017 Maran - Pelajar yang ingin menjadi manusia yang berjaya haruslah berani mencuba dan tidak takut risiko untuk gagal sebagai pendorong untuk maju di masa hadapan. Keberanian dan cara berfikir di luar kotak akan meletakkan pelajar sentiasa mempunyai idea yang kreatif dan inovatif . Dalam diri pelajar mesti menanam semangat boleh melakukan perubahan dalam kehidupan dan jangan memberikan pelbagai alasan untuk tidak mencuba apa yang difikirkan mendatangkan risiko kerana takut mencuba. Kegagalan bukan pengakhiran kepada kehidupan untuk hari seterusnya.

"Majlis graduasi pelajar pelajar tahun enam ini sebenarnya merupakan cabaran buat semua pelajar dan pemangkin serta pembakar semangat. Bukan sesuatu yang mustahil jika pelajar berusaha belajar bersungguh  untuk merasai pengalaman yang amat bermakna dalam kehidupan dengan memiliki segulung ijazah graduasi di majlis konvokesyen uiniversiti suatu hari nanti",ujar YB Dato'Shahaniza Shamsuddin Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang yang juga ADUN Kuala Sentul ketika berucap di Majlis Graduasi Tahun 6 dan Program Pendidikan Khas Intergrasi 2017 SK Kampung Awah.

Antara yang turut hadir di majlis berkenaan ialah Guru Penolong Kanan KOKURIKULUM En Saharul Nizam Hj Bahaman dan guru guru sekolah, Pengerusi PIBG, serta Pengurus Rancangan Felda Kampung Awah. Pada Majlis berkenaan disampaikan juga anugerah buat pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik , sukan dan Anugerah Nilam.

Shahaniza terima cenderahati dari GPK Saharul Nizam

Murid tahun enam terima anugerah yang disampaikan
oleh Shahaniza Shamsuddin




Wednesday, 15 November 2017

MELAYU DALAM DAP TERBUANG LAGI


Sudah terang lagi bersuluh, itulah perumpamaan Melayu yang dapat menggambarkan nasib Melayu yang berada didalam kepimpinan tertinggi parti DAP. Seperti sudah dijangka pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP kali kedua yang berlangsung baru baru ini terus menyisihkan manusia yang berkulit sawo matang,bermata besar dan sedikit kembang hidungnya. Parti yang dikatakan memperjuangkan kesamarataan setiap rakyat Malaysia ini masih lagi prejudis dengan kehadiran orang Melayu yang ingin berada di saf kepimpinan DAP.

Jika adapun Zairi Khir Johari yang dapat menempatkan diri dalam 20 ahli yang memperolehi undi tertinnggi yang di terima dari 1,376 perwakilan pada kali ini yang merosot berbanding pemilihan pada 2013 iaitu seramai 1,725. Kedudukan ke 19 yang hampir tergelincir sepertimana kemelayuan Zairi Khir Johari juga sebenarnya sudah lama tergelincir bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan politik beliau.

Korea Utara semakin maju dengan pemerintahan Kim Il-sung selama 46 tahun. Robert Mugabe bertahta di singaghsana politik Zimbabwe selama 37 tahun. Ferdinand Marcos hanya tersungkur setelah setelah 31 tahun. Suharto selama 30 tahun. Joseph Stalin sebagai pemerintah tertinggi Rusia selama 30 tahun. Saddam Hussein mengepalai Parti Ba&ath beliau selama 30 tahun. Franois Duvalier adalah pemimpin negara itu selama 14 tahun. Idi Amin kekal di tampuk pemerintaha berkuasa selama lapan tahun. Kit Siang tetap menjadi pilihan dan enggan melepaskan jawatan selepas 51 tahun dan masih akan berada dalam parti untuk meraikan ulang tahun ke-60 mengetuai DAP.

Demokratik kah Democratic Action Parti ini ? Malangnya masih ada Melayu yang melihat  dengan jelas sebuah parti cauvanis ini sebagai wadah perjuangan mereka. Bagaimanakan oarang Melayu ingin terlibat dalam membuat keputusan penting di dalam kerajaan sekiranya parti DAP ini menguasai kerajaan suatu hari kelak seperti diimpikan oleh mereka sekiranya mereka tidak terlibat dalam Jawatankuasa Tertinggi Pusat? Terpeliharakah agama Islam yang sebagai Agama Persekutuan seperti terkandung dalam  Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan .

Lihat sendiri bagaimana DAP dan sekutunya melalui mula mempersoalkan hak hak orang Islam berkaitan RUU 355 yang dibentangkan di Parlimen baru baru ini.





Mungkin ada yang berminat ingin melihat seperti dibawah :-

Lim Kit Siang Berikut adalah keputusan 20 tempat teratas pemilihan semula jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) dalam Kongres Khas DAP 2017:

1. Lim Kit Siang – 1,199 undi

2. Gobind Singh Deo – 1,198 undi

3. Lim Guan Eng – 1,180 undi

4. Anthony Loke – 1,175 undi

5. Liew Chin Tong – 1,123 undi

6. Teo Nie Ching – 1,080 undi

7. Chong Chieng Jen – 1,057 undi

8. Teresa Kok Suh Sim – 1,033 undi

9. Tan Kok Wai – 1,021 undi

10. Tony Pua – 1,020 undi

11. Nga Kor Ming – 967 undi

12. Fong Kui Lun -949 undi

13. Chow Kon Yeow – 900 undi

14. M. Kulasegaran – 826 undi

15. Chong Eng – 734 undi

16. Teng Chang Khim – 702 undi

17. Ronnie Liew – 688 undi

18. Ngeh Koo Ham – 659 undi

19. Zairil Khir Johari – 649 undi

20. V. Sivakumar -586 undi

Jumlah kertas undi dikeluarkan: 1,346

Jumlah undi sah: 1,310 undi

Undi rosak: 36

PROGRAM KENALI PANTAI TIMUR DEDAH BUDAYA MELAYU KEPADA PELAJAR GERMAN


15/11/2017 MARAN - Keunikan budaya Melayu yang ada hari ini dirasai oleh sekumpulan pelajar dari German yang berpeluang merasai pengalaman tersebut. Mereka yang di datangkan khas dengan kerjasama UKM melalui program pertukaran pelajar dalam program yang di kenali sebagai Ekplorasi Jengka Pantai Timur 3.0. Program yang menyaksikan mereka ini akan tinggal bersama keluarga angkat Melayu selama dua hari tiga malam di samping didedahkan dengan budaya dan kehidupan masyarakat kampung.

Seramai 40 mahasiswa kejuruteraan dari German ini telah berkampung di Felda Jeengka 3 Maran Pahang dan kehadiran mereka telah disambut oleh YB Dato'Shahaniza Shamsuddin Exco Kerajaan Negeri yang juga ADUN Kuala Sentul serta penduduk kampung di Dewan JKK Felda Jengka 3 Maran Pahang. Mereka turut diiringi oleh mahasiswa Melayu dari UKM sebagai jurubahasa bagi memudahkan komunikasi antara mereka dan keluarga angkat selama mereka ditempatkan diFelda Jengka 3.

Dalam ucapan alu aluan sewaktu majlis menyerahkan pelajar dari German kepada keluarga angkat YB Dato'Shahaniza Shamsuddin berharap kesemua peserta akan dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan masyarakat FELDA . Mereka sebenarnya beruntung kerana masyarakat FELDA di sebenarnya mempunyai ciri ciri masyarakat Melayu di Malaysia memandangkan kebanyakan mereka berasal dari negeri seluruh Malaysia dan bukan sahaja Pahang. Kawasan FELDA akan mendedahkan mereka kepada dialek, makanan, dan budaya berbeza dari negeri berbeza yang berada di tanah FELDA.

Bagi mendedahkan mereka dengan budaya Melayu pelbagai aktiviti di adakan sepanjang Ekplorasi Jengka Pantai Timur 3.0 seperti Majlis Perkahwinan dengan  mereka sendiri sebagai mempelai, lawatan ke kilang sawit, gotong royong, sukaneka dan malam budaya. Disamping itu juga mereka juga di bawa ke tempat tempat menarik didalam DUN Kuala Sentul seperti Lubuk Yu dan Lubuk Ujid bagi memperkenalkan kawasan pelancungan dalam usaha mempromosikan Tahun Melawat Pahang 2017.

Turut serta sewaktu majlis penyerahan mahasiswa kepada keluarga angkat mereka ialah Dr Mohd Fais Mansor Penyelaras UKM-UDE Merangkap Penasihat Program,Dr. Mohd Khairul Azhar Mohd Sulaiman Penasihat Program Bersama Ekplorasi Jengka Pantai Timur, Pengurus Felda Jengka 3 En Razian b Hashim dan Pengerusi Felda Jengka 3 En Hj Mat Sulaiman Harun.
Peserta program bersama bapa angkat selepas majlis
perkahwinan olok olok

dari kiri pasangan Imran dan Kaota serta pasangan
Caroline dan John

Sunday, 12 November 2017

LIBATKAN GOLONGAN PROFESIONAL DALAM PARTI DAN KERAJAAN


21/11/2017 KUANTAN - Masyarakat di gesa melibatkan golongan profesional dalam aktiviti kemasyarakatan melalui penglibatan mereka dalam parti dan kerajaan terutama golongan wanita. Ianya bertepatan dengan bajet 2018 seperti yang digariskan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia "Memperkasakan Wanita". Bagi menterjemahkannya adalah perlu golongan profesional wanita muda diajak bersama untuk memberikan sumbangan melalui buah fikiran dan keterlibatan melalui parti UMNO dan kerajaan.

" Ketika saya mula mula di amanahkan untuk menjadi penaja kepada Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Pahang, antara tugas awal yang saya jalankan ialah mencari golongan wanita muda profesional untuk menyertai Puteri UMNO. Saya meredah jauh kepelusok setiap daerah di Pahang , dan hasilnya hari ini ada di kalangan mereka telah berada dalam saf kepimpinan UMNO dan kerajaan".

" Kita sebagai ahli Puteri UMNO perlu berlapang dada dengan menerima golongan profesional ini sebagai pelengkap kepada perjuangan agama bangsa dan negera. Jangan ada sikap takut akan kehadiran mereka kerana ianya akan menjadikan parti UMNO ini terlalu exsklusif. Kami waktu di awal penubuhan puteri UMNO melihat bagaimana ramai golongan profesional wanita muda terpinggir dan mempunyai pandangan sinikal terhadap kerajaan. Menyedari betapa mereka juga mempunyai peranan dalam arus pembangunan negara dengan kepakaran yang ada, Puteri UMNO telahpun mengadakan usaha yang intensif bagi membawa mereka turut sama dan ianya berterusan sehingga kini". 

"kepimpinan puteri UMNO perlu meningkatkan kualiti kepimpinan melalui mereka yang berpotensi menjadi pemimpin dengan memberikan pendedahan samada di peringkat cawangan mahupun bahagian. melalui kursus kepimpinan . Pemimpin wanita muda yang berkualiti akan membolehkan mereka berada dalam saf kepimpinan negara seperti melalui jawatan menteri dan timbalan menteri seperti YB Dato Seri Azalina Othman , YB Dato Wira Mas Emieyarti Shamsuddin, YB Dato Rosnah Sherlin di peringkat persekutuan dan di peringkat negeri sebagai exco seperti Dato Suraya Yaakob, YB Dato NorSabrina Md Nor dan YB Dato Nolee Asyilin adalah lahir dari acuan dan benih Puteri UMNO. Itu belum dikira jawatan tinggi dalam kerajaan membabitkan golongan wanita muda seperti KSU dan Pengarah di jabatan jabatan kerajaan adalah hasil kepimpinan berkualiti wanita muda",kata YB Dato Shahaniza Shamsuddin mantan Ketua Puteri UMNO Pahang.

Beliau yang juga mantan Ketua Puteri UMNO Pahang dan kini menjawat jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita da Keluarga Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Sentul berjkata demikian ketika menyampaikan ucapan sebagai panel Majlis Perjumpaan Puteri UMNO Cawangan Seluruh Negeri Pahang di Kuantan yang di rasmikan oleh YB Dato Wira Mas Emieyati Shamsuddin Ketua Pergerakan Puteri UMNO Maaysia yang juga Timbalan Menteri Pelancungan dan Kebudayaan Malaysia.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia Haryaty Hamzah, Azlina Azma Azmi Ketua Puteri UMNO Pahang dan Yb Norhidayah Shahaimi Exco Puteri UMNO Malaysia yang juga ADUN Luit serta kepimpinan puteri cawangan di seluruh negeri Pahang.

Shahaniza Shamsuddin ketika menyampaikan ucapan 

             dari kiri Ketua Puteri UMNO Pahang Azlina 
Azma Azmi,Shahaniza Hj Shamsuddin mantan
Ketua Puteri UMNO PahangMas Emieyarti Shamsuddin 
Ketua Puteri UMNO Malaysia dan
Haryaty Hamzah Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia 











































Saturday, 11 November 2017

RADIO ONLINE PERTAMA DI MARAN


KAMPUNG Kuala Sentul menjadi satu-satunya daripada lebih 50 perkampungan di daerah Maran di sini yang mempunyai saluran radio dalam talian sendiri.

Dikenali sebagai Kuala Sentul Di Hati FM, siaran radio yang ditubuhkan sejak enam tahun lalu itu diaktifkan oleh tujuh penyampai terdiri daripada kalangan penduduk setempat.

Salah seorang penyampainya, Zulkarnain Abd Manan berkata, Kuala Sentul Di Hati FM adalah ilham Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Shahaniza Samsuddin yang juga Adun Kuala Sentul.

“Beliau mahukan penduduk di Dun Kuala Sentul memperoleh informasi setempat hanya semudah klik di hujung jari dan ketika itu radio dalam talian dilihat sebagai pilihan terbaik.



“Tidak hanya menyajikan buletin terkini di ruangan portal, beliau juga mahukan penduduk mendapat maklumat terkini dengan sedikit tema hiburan dengan cara mendengar sahaja. Apa lagi kalau bukan saluran radio?," katanya.

Menurutnya, Exco berkenaan mengeluarkan perbelanjaan awal bagi mewujudkan sebuah konti kecil khas untuk memudahkan deejay dan bertugas berinteraksi.

“Secara tak langsung, buah fikiran beliau membawa kami sebagai deejay kampung ke satu dimensi baru dalam penyampaian. Kami adalah sukarelawan dan kami tidak bergaji. Ia dibuat kerana minat dan kerana sayangkan kampung kami.

“Kesemua penyampai ada kerjaya masing-masing selain ada juga yang memang selalu menjadi deejay pada majlis perkahwinan,” katanya.

Tiada frekuensi FM

Zulkarnain berkata, Kuala Sentul Di Hati FM tidak dapat menggunakan frekuensi FM sebaliknya radio internet melalui server.

“Pengguna android boleh melayari radio internet di http://kualasentuldihatifm.blogspot.my atau www.kualasentuldihatifm.com dan mereka perlu menukar versi mobile kepada versi web bagi mendapatkan widget media player.

“Ia berfungsi untuk kemudahan seperti permintaan lagu serta ruangan chatroom untuk berbual dengan komuniti radio Kuala Sentul Di Hati FM,” katanya.

Menurutnya, pengguna telefon pintar android juga boleh memuat turun aplikasi tuneIn di play store atau taip http://tun.in/sfrar atau http://tunein.com/radio/Kuala-Sentul-Di-Hati-FM-s269351/ melalui enjin carian Google.

“Pengguna laman web juga buat masa ini dinasihatkan menggunakan browser Modzila Firefox untuk mutu suara yang lebih jelas dan kurang gangguan buffering.

“Sekarang ini kami jalankan secara auto run tapi kebiasaannya deejay akan on air bila berkelapangan di waktu petang dan malam iaitu waktu kemuncak pendengar memilih radio internet,” katanya.

Zulkarnain gemar ke udara pada waktu petang atau malam
iaitu waktu puncak pilihan pendengar dalam talian.

Pendedahan di sekolah

Menurutnya, selain berada di konti, deejay yang juga sukarelawan Kuala Sentul Di Hati FM turut menjalankan aktiviti di luar konti dengan memberi pendedahan mengenai radio internet di sekolah dalam Dun Kuala Sentul.

“Melalui program ini kami jalankan uji bakat di sekolah terutama kepada murid tahun enam lepasan UPSR untuk melihat potensi mereka sebagai penyampai radio.


“Ia berkonsepkan suka-suka saja. Lebih kepada untuk lepaskan tekanan selepas peperiksaan UPSR. Mereka (pelajar) ni malu-malu kucing. Sekadar pendedahan dengan dunia penyiaran radio. Mereka gembira suara mereka keluar melalui radio internet,” katanya.

Zulkarnain berkata, jumlah pendengar melebihi 100 orang boleh dianggap sebagai pencapaian baik bagi sebuah radio internet kampung dan yang masih baharu.

SUMBER





Friday, 10 November 2017

710 KELUARGA MANGSA BANJIR DI MARAN TERIMA BANTUAN BANJIR


10/11/2017 Maran - Penduduk Daerah Maran yang terlibat dengan banjir  pada tahun ini menarik nafas lega dengan pemberian wang ihsan kerajaan hari ini. Seramai 710 ketua keluarga yang berpindah ke pusat pemindahan banjir di dalam daerah Maran telah menerima wang ihsan kerajaan sebanyak RM 500 setiap keluarga. Penduduk DUN Chenor adalah penerima bantuan teramai memandangkan lokasi yang berhampiran dengan Sungai Pahang diikuti DUN Luit, DUN Kuala Sentul dan DUN Jengka yang terletak dibawah pentadbiran Daerah Maran,

Majlis Penyampaian Wang Ihsan Banjir Monsun Timur Laut (Januari - Februari 2017) di sempurnakan oleh YB Dato Ismail Abdul Mutalib Ahli Parlimen Maran di Dewan Arena Chenor Maran selain turut dihadiri YB Dato'Shahaniza Shamsuddin Exco Kerajaan Negeri Pahang ADUN Kuala Sentul, YB Dato Arifin Ismail ADUN Chenor , YB Norhidayah Shahaimi ADUN Luit, YH Dato Syed Ahmad Fuad Syed Tahar dan  En Mohamed Zahari Razali  Pengarah Bahagian Pembangunan Komuniti dan Sosial Agensi Pengurusan Bencana Negara.

Terdahulu dalam ucapannya YB Dato Ismail Mutalib meminta semua penerima bantuan ihsan banjir supaya bersyukur dengan keprihatinan kerajaan dibawah kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia Dato Sri Najib Tun Razak diatas peruntukan yang diberi. Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan yang ada hari ini merupakan kerajaan yang sentiasa peka dengan keperluan dan sentiasa membantu rakyat ketika ditimpa bencana.

Dengan mengambil contoh P.Pinang yang begitu angkuh tetapi akhirnya Ketua Menteri Pulau Pinang dengan nada yang sedih meminta kerajaan pusat membantu walaupun selama ini Perdana Menteri sering menjadi bahan kecaman beliau sepanjang masa. Namun peminpin seperti YAB Dato Seri Najib berlapang dada dan tetap membantu penduduk P.Pinang yang di timpa bencana. Beliau juga mengingatkan kepada penerima bantuan supaya terus memberikan sokongan kepada kerajaan yang ada hari ini kerana jelas terbukti kerajaan Barisan Nasional adalah pilihan terbaik yang mereka ada.

Ismail Mutalib dan Shahaniza menyampaikan bantuan wang
ihsan banjir kepada mangsa banjir

Ucapan alu aluan oleh YH Pegawai Daerah Maran YH Dato
Syed Ahmad Fuad Syed Tahar di Dewan Arena Chenor


Wednesday, 8 November 2017

KOLEJ KOMUNITI MARAN AGEN PERUBAHAN MASYARAKAT


8/11/2017 Maran - Perubahan pemikiran dan cara hidup masyarakat sekitar Maran akan berubah dengan terbinanya Kolej Komuniti Maran yang bakal melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran vokasional dan teknik. Kolej Komuniti Maran merupakan Kolej Komuniti yang ke 94 di negara ini menawarkan kursus kursus yang diperlukan bukan sahaja bagi golongan muda tetapi segenap lapisan masyarakat melalui kusus jangka pendek.

"Kolej Komuniti akan menjadi "game changer" atau pemankin perubahan kerena ia perlu peka kepada perkembangan industri . Diperingkat kemahiran asas kolej komuniti boleh memainkan peranan mereka amat rapat dengan masyarakat melalui kursus jangka pendek yang sesuai tidak kira lapisan umur dan mereka akan diberi sijil. Keseluruhannya penglibatan mereka akan membawa perubahan kepada masyarakat dan tidak tertumpu kepada orang muda sahaja".

"Bagi tujuan itu seramai 300 orang pensyarah kolej komuniti akan diberikan latihan Neuro Lingusitic Programing (NLP) yang menekankan cara berfikir untuk melakukan perubahan. Latihan NLP akan dimulakan akhir bulan ini dan akan diselaskan empat bulan dari sekarang.Program ini akan di perluaskan dengan penglibatan 3,000 pensyarah Kolej Komuniti yang ada di seluruh negara supaya mereka tidak takut menghadapi cabaran seterusnya melakukan perubahan dalam kehidupan masyarakat secara keseluruhan", kata YB Menteri Pengajian Tinggi Malaysia Dato Seri Idris Jusoh ketika merasmikan Kolej Komuniti Maran di sini. Turut hadir YB Dato Sri Ismail Mutalib Ahli Parlimen Maran, YB Dato Shahaniza Hj Shamsuddin Exco Kerajaan Negeri ADUN Kuala Sentul, YB Arifin Ismail ADUN Chenor  dan YB Nurhidayah Shahaimi ADUN Luit.

Dalam ucapannya, YB Dato Seri Idris Jusoh menegaskan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015 - 20125 , TEVT memberikan penekanan kepada Pendidikan Vokasional yang membantu pelajar membuat persedian kerjaya yang memerlukan kepakaran dalam bidang bidang tertentu. Kerjaya ini merangkumi kemahiran teknikal atau vokasional. Menurut beliau dalam menghadapai Revolusi Perindustria Keempat (4.0), langkah Malaysia melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan menghadapi cabaran revolusi ialah satu tindakan kehadapan dan tindakan itu sangat baik bukan sahaja baik untuk masa hadapan tetapi juga keperluan semasa.

Buat masa kini lepasan Kolej Komuniti berada dalam kapasiti 97 peratus kebolehpasaran pekerjaan dan ini menunjukkan ia berjaya memenuhu pasaran tenaga kerja di negara ini.Turut hadir di majlis tersebut Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Prof. Datuk Dr. Mohd Ismail Abdul Aziz. Di samping itu, pelbagai aktiviti dadakan antaranya servis format komputer dan laptope percuma, kursus pendek felt craft, dekorasi akuarium, arrangement flower,asas servis motosikal,jahitan key chain felt, felt kreatif, fruit carving, table setting, penghasilan coklat, hiasan cup cake dan henna tangan. Turut diadakan demo kualiti air ternakan ikan dan penghasilan nugget ikan,chocolate truffle,pembenihan ikan, dam aji perniaagaan, alternator tester kit dan coffe art.



Idris Jusoh ketika merasmikan plak perasmian Kolej Komuniti
Maran

Idris Jusoh menyampaikan sijil kursus jangka pendek
kepada peserta kursus



















Tuesday, 7 November 2017

WANITA DI GESA CEBURI KEUSAHAWANAN BAGI JANA PENDAPATAN


7/11/2017 MARAN - Kerajaan sentiasa berusaha memperkasakan bidang keusahawanan dengan mempertingkatkan penglibatan usahawan tempatan terutama dalam bidang pembuatan, perkhidmatan, makanan, dan pertanian dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti pinjaman perniagaan, kursus, latihan serta bimbingan kepada para usahawan.

" Antara langkah yang harus dilakukan bagi menangani kos sara hidup yang semakin meningkat, kaum wanita perlu mempersiapkan diri dengan menceburi bidang keushawanan. Banyak agensi kerajaan yang sedia membantu golongan usahawan wanita diantaranya Jabatan Pembangunan Wanita, Jabatan Kebajikan Masyarakat, TEKUN dan Amanah Ikhtiar. Hari ini kita boleh lihat kebanyakan yang menerima bantuan dan pinjaman daripada kerajaan adalah terdiri daripada golongan wanita".

"RISDA turut memainkan peranan dalam meningkatkan pendapatan pekebun pekebun kecil getah dengan mempelbagaikan kegiatan ekonomi bagi mengelakkan mereka bergantung kepada hasil pokok getah semata mata. Melalui Program Bantuan Aktiviti Ekonomi Tambahan pekebun pekebun kecil yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan layak menerima bantuan sehingga RM 20,000 bagi setiap keluarga agar dapat meningkatkan pendapatan sekurang-kurangnya RM 4,000 sebulan sekeluarga menjelang 2020".

"Selain itu difahamkan terdapat banyak kemudaha yang disediakan dibawah pembangunan produk berkaitan kursus-kursus kemahiran, pensijilan halal, GMP, HACCP, Pembungkusan dan Perlabelan. Tidak ketinggalan juga, RISDA menyediakan Tabung Keushawanan Pembangunan Ekonomi Pekebun Kecil (TPSEPK) kepada usahawan yang berkelayakan dan maksima pinjaman sehingga RM 100,000".

"Di daerah Maran sahaja RISDA telah meperuntukkan sebanyak RM 380,000 bagi Program Pembangunan Usahawan dan seramai 120 orang usahawan dibawah bimbingan RISDA telah berdaftar di bawah Kelab Usahawan Daerah Maran. Keprihatian kerajaan di bawah pimpinan YAB Dato Seri Najib Tun Razak haruslah dihargai dan menolak sama sekali tanggapan yang kerajaan hari ini adalah sebuah kerajaan yang zalim", ujar YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin ,Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang yang juga ADUN Kuala Sentul ketika merasmikan Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) di sini.

Pada majlis itu juga pelbagai anugerah keusahawan telah diberikan kepada usahawan yang berjaya hasil bimbingan RISDA sebagai galakan supaya terus maju dalam bidang keusahawan di masa akan datang.Turut hadir pada majlis berkenaan En Mohd Khairul Azlan bin Mohd Zaidi Ketua Unit Pembangunan Usahawan RISDA Pahang dan En Amir Hamizan Hairudin Pegawai RISDA Daerah Maran.

Shahaniza menyampaikan Anugerah Usahwan Tebaik
(Perkhidmatan)kepada Engku Sapura binti Tuan Losin

Shahaniza melawat gerai pameran Mini Karnival Usahawan

Majlis Perasmian Mini Karnival Usahawan Daerah Maran
 di rasmikan oleh Shahaniza Shamsuddin

FELDA AKAN BINA 3,000 BUAH RUMAH MESRA RAKYAT 1MALAYSIA DI PAHANG


7/11/107 KUANTAN - Masalah perumahan generasi ke dua Felda yang sering di perkatakan akhir akhir ini akan diatasi secara berperingkat peringkat. Melalui Bajet 2018 yang di bentangkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak baru baru ini. Melalui Bajet 2018 sebanyak 5,000 buah rumah akan dibina untuk mengatasi masalah perumahan generasi kedua FELDA.

" Menyedari Pahang merupakan negeri yang mempunyai bilangan peneoka dan kawasan tanah rancangan FELDA yang luas, FELDA telah mensasarkan sebanyak 3,000 buah rumah akan di bina di negeri Pahang", tegas YB Tan Sri Shahril Samad Pengerusi FELDA ketika menyampaikan ucapan di hadapan 2,000 peserta Seminar Muafakat FELDA Wilayah Jengka di Gambang Resort Kuantan Pahang.

"FELDA akan kembali kepada matlamat asal dengan menumpukan kepada pengkhususan kepakaran FELDA selama ini. Soal pembinaan perumahan akan diserahkan kepada mereka yang lebih arif. Berhubungkait dengan itu Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah dipilih sebagai pihak yang bertanggungjawab membina perumahan generasi kedua itu nanti".

" SPNB akan membina rumah dengan kos RM 55,000 se unit dan untuk tujuan itu kerja mengukur tapak yang sesuai di setiap tanah rancangan telah diarahkan dilakukan oleh pentadbiran setiap wilayah FELDA dan bukan lagi ibupejabat FELDA. Masalah salinan slip gaji dikalangan anak peneroka FELDA juga dijangka selesai memandangkan SPNB memberikan kelonggaran kepada mereka berbanding bank komersial".

"Pembinaan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia Sg Felda Sg Sayong Johor merupakan projek perintis dikawasan FELDA yang telah berjaya membuahkan hasil dan akan di perluaskan di seluruh kawasan FELDA .Namun peneroka juga harus realistik dengan mengambil kira kemampuan dan jangkamasa di perlukan untuk melihat semua yang dirancang berjalan dengan baik. Adalah mustahil membina rumah generasi kedua sama jumlahnya dengan rumah peneroka asal FELDA yang berjumlah 120,000 buah rumah sejak penubuhan FELDA 60 tahun lalu. Pembinaan perumahan generasi kedua FELDA memerlukan masa dan sudah tentu tidak dapat dilakukan dalam masa yang singkat"

" Bagi mereka yang berkemampuan untuk membina rumah, kebenaran telah pun diberi kepada anak anak generasi kedua untuk membina rumah kedua di dalam tapak rumah peneroka. Ini akan serba sedikit akan dapat membantu kita melihat anak anak peneroka memiliki rumah mereka sendiri yang diidamkan".kata Tan Sri Shahril Samad .

Menyentuh isu yang sering ditimbulkan pembangkang yang menjadikan FELDA sebagai sasaran kempen kali ini beliau berkata " Pakatan Harapan dalam menifesto pilihanraya akan datang akan menyerahkan pengurusan tanah untuk dikendalikan oleh peneroka dan harta FELDA akan di swastakan. Penswastaan begini akhirnya akan memberikan kesan buruk kepada peneroka akhirnya kerana ianya hanya menguntungkan kroni dan bukan peneroka . Bayangkan sahaja jika Menara FELDA yang mempunyai nilai 1 billion akan diberikan kepada kroni berbanding sekarang dimiliki oleh FELDA. FELDA sejak dulu akan sentiasa mengagihkan keuntungan yang diperolehi kepada peneroka dan sekiranya diswastakan kepada kroni seperti di tawarkan kepada Pakatan Harapan maka peneroka akan sedar ketika itu akibat buruk penswastaan seperti di tawarkan Pakatan Harapan.

Seminar Muafakat Wilayah Jengka FELDA itu akan membincangkan hala tuju FELDA dengan mengambil kira pandangan dari pelbagai pihak terutama pemimpin masyarakat dikawasan FELDA. Ianya turut dihadiri oleh wakil rakyat yang mempunyai kawasan FELDA di Wilayah Jengka dan antara yang hadir YB Dato Bakar Harun ADUN Chini,YB Dato Shahaniza Shamsuddin ADUN Kuala Sentul ,YB Wan Salman Wan Ismail ADUN Jengka dan YB Dato Dr Ahmad Shukry Ismail ADUN Pulau Tawar.

YB Tan Sri Shahril Samad bersama peserta Seminar Muafakat
FELDA 

YB Tan Sri Shahril Samad sedang berbual bersama YB Dato
Shahaniza Shamsuddin 

Friday, 3 November 2017

POLITIK PINTAR DAN POLITIK BONGOK




Ramai dikalangan kita bosan dengan cerita politik kerana ianya berat untuk difikir. Rakyat Malaysia memang begitu kerana kecenderungan mengambil jalan mudah, ringkas dan praktikal. Jika perut menyanyi kelaparan seboleh bolehnya beli makanan bungkus atau makan di kedai atau warung. Memasak 
sendiri di rumah sekali sekala. Tetapi pelik juga KFC, McDonald dan kedai makanan segera yang lain tumbuh bagai cendawan selepas guntur di langit takkala Malaysia dikatakan menuju bangkrup. 

Sudah agak lama saya tidak menulis secara konsisten tentang pandangan dan apa yang bermain di benak fikiran isu isu politik. Namun perkembangan mutakhir ini membuatkan jejari saya semakin gatal untuk menari nari di atas keyboard dengan irama yang lebih brutal.

Semalam saya terbaca komen netizen (budak wechatt agaknya) di dalam sebuah portal pembangkang TipuKini. Ehh..kalau saya tidak suka portal TipuKini kenapa baca juga. Bila pula membaca suatu kesalahan ? Mempercayai bulat bulat tanpa di perhalusi kebenaran antara kisah sahih dan propaganda itu sebenarnya meletakkan di mana taraf pemikiran kita.

Sekalipun ramai yang terpelajar tetapi jika berita palsu yang diulang ulang berkali kali ianya akan di percayai benar.Berita separuh masak dianggap seperti telor separuh masak menjadi sarapan minda dan jiwa.



Berbalik kisah budak we chatt yang membuat komentar di portal pembangkang TipuKini berkali kali mengeluarkan parti UMNO dengan 'Umnongok'. Betapa amannya Malaysia tanpa 'Umnongok' dan DS Najib digelar dengan Najis. Saya tidak sampai hati mahu print screen apa yang beliau tulis biarlah saya hanya mengulas di sini.

Saya geleng geleng kepala membaca setelah saya periksa profail facebook beliau adalah seorang pelatih di Pahang Skill Development Centre (PSDC). Kedangkalan beliau memahami apa itu politik yang diputarbelitkan dengan propaganda pembangkang melalui Tipukini.

Betapa bongoknya sebuah parti yang digelar 'Umnongok' , hanya Pahang sebuah negeri di Pantai Timur yang gagal di tawan pembangkang semenjak 1959. Kelantan dan Terengganu mempunyai sejarah kejatuhan parti UMNO tetapi tidak bagi negeri Pahang. Tetapi Terengganu cepat bangkit dari kekeliruan dan kembali kepada pemerintahan UMNO.

Sayang seribu sekali sayang budak wee chatt yang menuntut di Pahang Skill Development Centre tidak menyedari bahawa kewujudan isntitusi pendidikan kemahiran itu adalah idea 'kebongokan' 3 pihak iaitu Kerajaan Persekutuan ,Kerajaan Negeri Pahang dan Swasta. Beliau mungkin tidak menyedari bahawa kecerdikan beliau tidak melayakkan beliau untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA sebaliknya hanya layak mengambil kursus kemahiran .

Kerajaan Pahang yang yang diterajui UMNOlah(yang beliau kata Umnongok) yang memberikan peluang pendidikan kepada beliau supaya dapat membezakan apa erti bongok tetapi jika beliau terus memilih untuk terus bongok, apakan daya kerana pembangkang memang sukakan mereka yang berfikiran seperti beliau.

Melalui Yayasan Pahang yang telah pun membelanjakan lebih  RM1,000.00 juta dalam bidang bidang pendidikan melalui bantuan kecemerlangan akademik,biasiswa dan pinjaman bagi memastikan tiada anak Pahang tercicir dalam meneruskan pembelajaran. Sebanyak lebih RM 80 juta setahun dibelanjakan dalam bidang pendidikan .Malangya jika masih ada pelajar yang tidak tahu mengenang di untung dengan melabel pemimpin UMNO dengan pelbagai tuduhan jelaslah mereka mudah termakan dengan dakyah pembangkang. 

Pembangkang selama ini tidak berbuat apa apa selain merosakkan pemikiran anak muda.Politik pintar UMNO melahirkan generasi berpendidikan bagi memastikan anak bangsa dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa yang lebih maju.Manakala politik bongok pembangkang meracuni pemikiran anak muda menjadi bongok seperti mereka.

Wednesday, 11 January 2017

BILAKAH KOLEKSI HIMPUNAN FITNAH RAFIZI BERAKHIR...?


Dalam dunia politik, fitnah akan dibawa oleh mereka yang benci,disebarkan oleh mereka yang menipu dan akan dipercayai oleh orang gila.Rafizi adalah terkehadapan dikalangan  ahli politik pembangkang yang dalam dirinya penuh dengan kebencian.

Fitnah yang dihasilkan dari kilang kilang PKR ini disebarkan dengan mudah dengan kepesatan teknogi maklumat oleh mereka yang dalam dirinya mempunya DNA penipu yang mengalir dalam pembuluh darah selagi bernafas .Penipu-penipu ini secara terancang menyebarkan melalui jentera parti pembangkang dan dikutip secara borong oleh portal yang pro mereka seperti mereka yang terkenal sebagai Sole Distributer Fitnah Malaysia seperti Meloyakini.

Bukanlah anih pula di Malaysia lahirnya mereka yang hadam akan berita fitnah yang dihidangkan adalah terdiri dari mereka yang gila sahaja.Mereka berselera sahaja makan didalam jamban politik pembangkang.

Bagi memenuhi permintaan orang yang gila yang kelaparan sajian ulam ulaman kebencian,Rafizi umpama cheff masakan yang mempunyai resepi ini semua.Enak dimakan begitu sahaja walaupun digaul dengan kaki oleh Rafizi.

Berita panas disediakan dan disebarkan mengalahkan maggie mee malah kurang 2 minit untuk disuap tanpa soal dan selidih terlebih dahulu kerana tembolok orang gila mampu bekerja tanpa dikisar dan diperhalusi untuk dihadamkan.

Jika mahu disenaaikan banyak sekali deretan berita fitnah yang dicipta oleh Rafizi dan yang terkini mengenai projek MRT .

-mendakwa kos bagi MRT1 SBK sebanyak RM 21 billion bagi laluan sepanjang 21km walhal ianya untuk laluan 51 km dan mendakwa kos  setiap kilometer adalah 1 billion dan anggaran projek tersebut sebanyak RM 30billion

-membuat perbandinga satu projek terowong kosong di Bacelona dengan  projek MRT yang lengkap dengan mendakwa projek MRT di Malaysia lebih mahal...apa punya bingai

- menggunakan maklumat daripada  blog yang tidak sahih iaitu 'Pedesrtian Observation dimana telah dibuktikan silap serta mengambil contoh berpilih yang paling murah daripada 25 projek MRT bagi menunjukkan kontraktor mendapat bayaran yang lebih dari sepatutnya.

-apa yang lucunya contoh yang diberikan oleh Rafizi bagi projek MRT di Seoul turut disangkal oleh Meloyakini yang sedikit cerdik daripada terus ditipu oleh Rafizi.

Deretan fitnah Rafizi ini jika disusun boleh menjadi lebuhraya fitnah terpanjang dalam sejarah Malaysia.Isu cincin Rosmah yang hanya dikatakan gurauan,saman malu LTAT,Tabung Haji dan banyak lagi.






Tuesday, 10 January 2017

ANTARA AKU ,MOHD FAIZ SUBRI DAN BOLASEPAK


Peminat bolasepak senatero dunia hari ini meriah dengan memperkatakan kehebatan anak Melayu yang bernama Mohd Faiz Subri dari Malaysia yang telah menerima pengiktirafan bertaraf bolasepak dunia dengan memenangi 2016 Puskas award for goal of the year at FIFA'

Nama Mohd Faiz Subri kini sebaris dengan pemain ternama bolasepak dunia seperti Cristiano Ronaldo (2009), Hamit Altintop (2010), Neymar (2011), Miroslav Stoch (2012), Zlatan Ibrahimovic (2013) and James Rodriguez (2014).

Tahniah aku ucapkan sebagai anak Melayu yang berasal dari Malaysia kerana bolasepak memang menjadi sukan kegilaan di negara ini.Tumpang bangga kerana aku mempunyai sedikit persamaan yang mungkin juga anda diluar sana.

Barangkali diantara kita cuma bukan berada ditempat dan waktu yang betul.Sebagai pemain bolasepak aku juga boleh menilai tapi tidaklah sehebat penilaian FIFA dan jika anda seorang pemain bolasepak pastinya akan menganggukkan leher tanda setuju tentang apa yang aku perkatakan.

Penilaian dibuat dari gol yang dijaringkan dengan pelbagai teori seperti melawan hukum fizik biologi dan kimia pada jarak 25 meter melalui sepakan percuma.

Sebenarnya ramai yang telah melakukannya termasuk pemain amatur dan ala ala kampung boy seperti aku cuma malangnya jaringan kami ni tidak dpat di nilai kerana tiada liputan.

Dikampung mana ada penonton,kalau adapun seorang dua Tok Empat atau Pak Haji yang on the way nak ke masjid singgah sebentar di padang awam .Apatah lagi dirakam melalui video yang dapat diviralkan  seterusnya menarik perhatian seluruh dunia.

Aku sendiri pernah menjaringkan gol pada jarak lebih jauh dari 25 meter malahan ada yang setengah padang bola dan menariknya bukan dalam keadaan bola mati atau sepakan percuma.

Lebih dari banana kick..papaya kick pun ramai yang dah melakukannya. Bola yang kami gunakan juga bulat  sama seperti Mohd Faiz Subri gunakan tetapi yelah,seperti yang aku katakan tadi,anugerah yang aku terima hanyalah dibelanja minum teh tarik Kedai Kopi Janda anak satu dihujung kampung selepas tamat permainan.

Jangan pula ada yang berkata aku ingin merendah rendahkan kemampuan Mohd Faiz Subri,sekadar berkongsi pengalaman sebagai pemain kampung yang juga meminati bolasepak.

Cuma penantian kita nanti,apakah kesudahan Mohd Faiz Subri adakah sekadar mewakili P.Pinang di Liga Malaysia sahaja. Pencapaian skuad bolasepak di Malaysia sebenarnya boleh maju kehadapan tetapi arahnya kini seakan semakin melencong seperti mana tendangan Mohd Faiz Subri .

Beribu gol pun yang dijaringkan dengan gaya sepakan Mohd Faiz Subri,apakah akan mengubah landskap dan senario bolasepak di Malaysia...?

Apakah impian rakyat Malaysia untuk menyaksikan Malaysia layak ke Pusingan Akhir Piala Dunia hanyalah angan angan  Mat Jenin..?
Skuad bolasepak negara Malaysia seharusnya menjadi keutamaan dan kayu pengukur kemajuan bolasepak di Malaysia.

Ramai yang meletakkan kemajuan bolasepak negara ditangan FAM.Aku setuju tapi bukanlah seratus peratus tapi semua pihak peminat,pemain ,NGO,kerajaan memainkan peranan masing-masing.



P/S ~ Petang ni rasa nak turun main bolasepak tapi lupa but bolasepak aku letak kat mane ye..tikus bawa lari agaknye..