Pages

Tuesday, 24 May 2016

ANGKUH DAN BONGKAK ADUN DAP BILUT DIARAH KELUAR DEWAN


Suasana harmoni Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang nampaknya dicacatkan dengan keangkuhan dan sifat bongkak yang ditunjukkan oleh ADUN DAP Bilut yang masih mahu menimbulkan isu yang sudah tidak berbangkit  dengan membuat tuduhan pilihanraya di Malaysia tidak bersih.

Apa yang amat menyedihkan ialah keangkuhan dan sifat bongkak ADUN DAP yang tidak mahu menarik balik kenyataan tersebut sebaliknya terus mempertahankan kenyataan beliau walaupun mendapat bantahan dari ADUN BN dari Lanchang dan keseluruhan ADUN dari BN.Sehubungan dengan itu ADUN Pulau Tawar yang disokong oleh ADUN Jengka mewakili Pengerusi BNBBC telah mengusulkan tindakan dengan membawa kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

YDP Dewan berkali kali meminta ADUN DAP Bilut menarik balik kenyataan namun barangkali DAP sudah sebati dengan keangkuhan parti DAP yang suka membuat kontroversi.Akibat dari itu YDP telah membuat keputusan mengarahkan YB ADUN Bilut untuk keluar dari dewan untuk hari ini dan esok.

Barangkali untuk menunjukkan rasa simpatai kepada YB ADUN Bilut kesemua ADUN DAP dan PKR seramai 10 orang turut keluar dewan namun agak menggelikan hati ADUN PAS dari Tanjung Lumpur dan Beserah kekal didalam dewan.

Isunya bermula hanyalah kerana wakil kerajaan menggulung perbahasan menyentuh isu GST yang telah membantu perkembangan ekonomi di 160 buah negara.Namun pada sidang DUN kali ini tiada seorangpun wakil pembangkang yang membangkitkan isu GST bermakna ianya semakin diterima oleh masyarakat dan mengajak kesemua samada ahli BN mahupun pembangkang memberikan kesedaran berkaiatan hal-hal kepenggunaan.

Bilamana ADUN Bilut dari DAP mencelah dengan mendakwa Pilihanraya di Malaysia tidak bersih bermakna beliau memalukan diri sendiri kerana jika ikut logik,sekiranya pilihanraya di Malaysia tidak bersih ,maka dia sendiri pun tidak boleh menjadi ADUN...!

Monday, 23 May 2016

BIADAP..!USUL TINDAKAN TERHADAP ADUN DAP DI DEWAN UNDANGAN NEGERI PAHANG


Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pahang kali ketigabelas 'panas' dengan tindakan YB ADUN Bilut dari DAP yang mendakwa Pilihanraya di Malaysia tidak bersih.

ADUN Bilut dari DAP Chow Yu Hui memanaskan suasana Sidang DUN ketika mencelah ketka YB ADUN Dong Shahiruddin Abdul Moin wakil kerajaan menggulung perbahasan.Berikutan dengan itu YB ADUN Lanchang dari BN Dato'Seri Sharkar Shamsuddin meminta YB ADUN Bilut menarik balik tuduhan tersebut.

Suasana panas cuba ditenangkan oleh Timbalan Speaker Dewan namun YB ADUN Pulau Tawar DS Ahmad Shukri Ismail selaku Pengerusi BNBBC mengusulkan kepada dewan supaya YB ADUN Bilut dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.


Usul tersebut mendapat sokongan YB ADUN Jengka Dato'Wan Salman Wan Ismail.Antara lain usul yang dibawa berbunyi "Dato Seri YDP Dewan...Saya mengusulkan secara lisan didalam dewan yang mulia ini,supaya YB DUN Bilut dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasaan,kerana mengeluarkan tuduhan dan sangkaan jahat terhadap institusi yang dilantik oleh DYMM Yang DiPertuan Agong iaitu SPR.Beliau telah mengeluarkan kata yang menuduh SPR sebagai tidak bersih sedangkan pilihanraya di negara ini telah mendapat sokongan oleh rakyat dan diiktiraf oleh dunia.

Perkataan YB DUN Bilut adalah biadap atau menggunakan perkataan biadap dan sangkaan jahat.Perbuatan ini adalah bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat Dewan Negeri Pahang Peraturan 36(4)(6) dan (7).

Secara Lisan saya minta supaya Dewan ini melalui Dato Seri Speaker memutuskan tindakan yang sewajarnya kepada ADUN Bilut

Friday, 20 May 2016

LAUTAN MANUSIA BANJIRI CERAMAH USTAZ DON DI FESTIVAL WANITA UNTUK WANITA



TEMERLOH - 20/5/2016  Ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Don Danial  mendapat sambutan luar biasa di Festival Wanita Untuk Wanita yang sedang berlangsung di Dataran Temerloh.Festival yang bermula pada 19hb  sehingga 22 Mei memulakan tirai dengan menjemput penceramah terkenal Ustaz Don Danial.

Lautan manusia membanjiri Dataran Temerloh untuk mendengar dan melihat sendiri penceramah tersebut .Turut hadir di malam tersebut bersama rakyak di negeri Pahang ialah YB Dato Shahaniza Hj Shamsuddin Pengerusi Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang.

Perbagai acara menarik akan berlangsung antaranya booth jualan usahawan,pemeran agensi kerajaan,sukan rakyat,kenduri rakyat,Pahang Idol dan banyak lagi acara menarik selain penampilan 50 artis bagi memeriahkan Festival yang julung-julung kalinya diadakan.

Majlis perasmian penutup akan disempurnakan oleh YAB Dato Seri Di Raja Adnan Hj Yaakob Menteri Besar Pahang yang akan diiringi oleh Dato Seri Rohani Abdul Karim Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga Malaysia pada 22hb Mei 2016.











Sunday, 15 May 2016

FESTIVAL WANITA UNTUK WANITA:USAHAWAN DIGESA REBUT PELUANG


TEMERLOH - 15/5/2016 - Usahawan wanita digesa merebut peluang perniagaan sempena Festival Wanita Untuk Wanita yang akan bermula dari 19hb Mei sehingga 22hb Mei 2016 yang akan diadakan di Dataran Temerloh Pahang.

Festival Wanita Untuk Wanita ini yang akan berlangsung selama 4 hari ini adalah bertujuan membantu golongan wanita yang meminati bidang keusahawan untuk mempromosikan produk mereka di festival secara besar-besara yang julung kalinya diadakan.

YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia,Wanita dan Keluarga Negeri Pahang ketika ditemui menyeru agar semua wanita yang berada di Pahang mahupun di luar Pahang untuk turut serta dalam festival yang diadakan secara besar-besaran dan dianggarkan seramai 250,000 pengunjung akan hadir .

Usahawan wanita perlu menjadikan festival ini untuk meluasakan serta mempromoskan perniagaan mereka melalui gerai-gerai jualan yang ditawarkan kepada peniaga yang berminat,Selain itu pengunjung akan turut berpeluang merebt hadiah cabutan bertuah melebihi RM 100,000 yang ditawarkan selain 19 acara lain turut sama dijalankan bagi memeriahkan festival tersebut.

Pada Festival Wanita Untuk Wanita ini juga akan dilancarkan satu portal perniagaan khusus buat membantu usahawan wanita melalui pengumpulan data,tip perniagaan dan informasi berkaitan perniagaan yang dibangunkan dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang.

Antara acara lain selain pameran dan gerai jualan ialah .Antara acara menarik Sukan Rakyat,Belon Udara,Ceramah Agama,Feriss Wheel,Pahang Idol,Aspirasi Wanita & Selebriti,Pemeriksaan Kesihatan Pecuma,Cabutan Bertuah,Bolasepak Artis,Senamrobik Zumba,Kenduri Rakyat,Inflatable Games,Lady Biker,Pameran,Pertandingan Bolajaring,Busana Muslimah,Kursus Keusahawana dan Wayang Pacak.

Festival Wanita Untuk Wanita ini mendapat kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandra dan Wilayah(KKLW),Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM),Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri(MITI),Majlis Perbandaran Temerloh,Institut Piawaian dan Penyelidikan Malaysia(SIRIM),TEKUN Nasional,SME Corp,Institut Penyelidikan Pertanian Malaysia(MARDI),Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA),Majlis Amanah Rakyat(MARA).

Fetival ini juga untuk menghargai golongan wanita yang terlibat dalam perniagaan mahupun yang terlibat dengan pekerjaan lain bertepatan dengan sambutan Hari Guru dan Hari Jururawat yang kebetulan disambut pada bulan ini.