Pages

Monday, 26 January 2015

PENGGUNAAN BAHASA PERLU TEPAT..MEROTAN DAN MENDERA DUA PERKARA BERBEZA


Merotan dan Mendera adalah dua perkataan yang berlainan.Kritikan tentunya kerana istilah "merotan" tetapi bilamana digunakan perkataan yang betul iaitu "mendera" tidak akan timbul rasa tak puas hati masyarakat.Adalah lebih wajar pihak berkenaan berhati-hati memilih perkataan yang tepat bagi mengelakkan kekeliruan.

Susulan Kenyataan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat "Rotan Anak Merupakan Kesalahan Jenayah..." mendapat pelbagai reaksi dari segenap lapisan masyarakat.Mungkin kita harus berlapang dada dan bukan mencari siapa yang salah mahupun yang benar asalkan penjelasan yang munasabah dan dapat memuaskan hati semua pihak.Saya kira penjelasan melalui kenyataan akhbar sudah menjawab persoalan yang timbul

KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
ROTAN SEHINGGA MENYEBABKAN KECEDERAAN FIZIKAL ATAU EMOSI KEPADA KANAK-KANAK


1. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) ingin merujuk kepada liputan media berkaitan tindakan merotan anak menjadi kesalahan jenayah yang disiarkan oleh akhbar pada hari ini (25 Januari 2015) berdasarkan sidang media pada 24 Januari 2015 di Shah Alam.


2. Dalam sidang media tersebut, YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberi penerangan bahawa cadangan di dalam Rang Undang-Undang Kanak-Kanak baharu akan merangkumi perkara-perkara berikut:

i. Penyertaan kanak-kanak selaras dengan prinsip Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (Convention on the Rights of the Child, CRC);

ii. Pemansuhan hukuman sebatan ke atas kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang (melakukan kesalahan jenayah);

iii. Peruntukan baharu yang membolehkan pelaksanaan konsep diversion; dan

iiii. Peruntukan baharu mengenai pelaksanaan deinstitutionalisation.

3. Pada masa ini seksyen 91 (1) (g) dalam Akta Kanak-Kanak 2001 membenarkan seseorang kanak-kanak lelaki dikenakan hukuman sebatan tidak lebih daripada 10 kali sebatan apabila disabitkan dengan kesalahan melakukan jenayah. Dalam hal ini, hukuman sebatan di Mahkamah adalah berbeza dengan hukuman merotan sama ada di sekolah atau rumah. Hukuman sebatan di Mahkamah dilakukan secara teratur mengikut prosedur yang ditetapkan undang-undang. Walau bagaimanapun, atas alasan perkembangan psikologi dan selaras dengan CRC Kementerian bercadang untuk memansuhkan hukuman tersebut.

4. Selaras dengan cadangan pemansuhan hukuman sebatan di Mahkamah tersebut, Kementerian telah meneliti perlakuan merotan kanak-kanak di kalangan masyarakat Malaysia. Pada masa ini, peruntukan yang dicadangkan dalam Rang Undang-Undang Kanak-Kanak baharu bukanlah bermaksud supaya setiap perbuatan merotan menjadi kesalahan jenayah.

5. Perlakuan merotan, sekiranya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal atau mental boleh terjumlah kepada melakukan kesalahan jenayah. Di bawah undang-undang sedia ada pun, sebenarnya perbuatan itu telah dijadikan suatu kesalahan di bawah seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum dengan penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau denda tidak melebihi dua puluh ribu atau kedua-duanya.

6. Kementerian sedang meneliti dan memperhalusi cadangan untuk memasukkan peruntukan undang-undang yang lebih terperinci supaya apa-apa perbuatan kepada kanak-kanak sehingga menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi kepada kanak-kanak merupakan suatu kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman penjara atau denda yang lebih tinggi. Di samping itu, Kementerian juga mempertimbangkan untuk mengadakan hukuman alternatif seperti khidmat masyarakat atau kaunseling atau kursus ke ibubapaan.

7. Selaras dengan amalan konsultasi dan engagement secara berterusan dengan semua stakeholders dan
pihak berkepentingan, Kementerian ini akan meneruskan tradisi tersebut dalam penggubalan Rang Undang-Undang Kanak-Kanak ini.

Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Aras 35, No. 55, Persiaran Perdana, Persint 4,
62100 Putrajaya.
No.tel: 03-8323 1087

P/S :Salah cakap ke..salah dengar ke..salah lapor ke..salah tulis ke            yang pasti salah faham..bubye..

Sunday, 25 January 2015

ROTAN ANAK SATU KESALAHAN JENAYAH?


Terkejut dan terkedu bila terbaca dan terus membaca keratan akhbar arus perdana perihal bagaimana merotan anak bakal diklasifikasikan dibawah undang-undang jenayah.Sudah pastinya satu polemik bakal timbul berkaitan sosio budaya masyarakat.Sambil menelan air liur saya juga terbayangkan saya mungkin antara mereka yang terpaksa menjadi tetamu dibalai polis sambil tangan bergari sambil menyanyikan lagu Gerimis Mengundang.Cuma munkin tidak menjadi viral kerana tiada anggota polis yang akan upload nyanyian saya yang syahdu dan pilu mengenangkan nasib terpaksa bergari kerana mahu mendidik anak.

Rotan dan Pendidikan

Ilmu mendidik anak berkait rapat dengan soal budaya masyarakat.Berbagai cara mendidik anak dan ianya bergantung kepada individu dan keadaan semasa.Sebagai seorang yang bergelar anak apabila  menjadi ibu atau bapa pengalaman yang dilalui sewaktu kecil menjadi didikan tidak formal bagaimana diaplikasikan bila suatu hari bergelar ibubapa pula.Ramai yang mengenali rotan sebagai salah satu alat yang digunakan untuk tujuan mendidik tidak kira ibu bapa guru agama mahupun guru disekolah. 

   


Alangkah bertuahnya ibubapa yang mampu mendidik anak tanpa rotan.Sekali tegur atau nasihat diterima bulat bulat.Tapi seandainya teguran dan leteran umpama mencurah air didaun keladi sebagai manusia biasa perasaan marah secara automatik meresap masuk ke jiwa ibubapa.Mungkin ketika inilah darah pahlawan mula mengalir masuk,naik hangen satu badan dan segala sheik atau Hantu Mak Limah mula bertenggek dikepala.Mungkin juga ditambah pula dengan masalah lain ibu bapa makin tertekan dalam melayan kerenah anak anak.

Tekanan ditempat kerja misalnya,pulang dalam kesesakan jalanraya,road tax kereta nak mati,sewa rumah atau pun kutu Cik Kiah yang belum di bayar dan pulang kerumah pula melayan kerenah anak-anak yang berebut chanel TV antara Maharaja Lawak dan Siri Kartun Ben 10.Jalan paling mudah mungkin mencapai rotan bagi menenangkan suasana hingar bingar dirumah.


Mungkin ramai ibu yang dulunya mempunyai suara romantis seperti DJ Lin Suria Cinta gagal mengekal suara romantis yang manja berubah menjadi serak serak basah aka garau macam halilintar kerana terpaksa menjerit dalam mendidik anak anak.Cuma kebolehan bercakap tanpa henti menjadi semakin bagus dari hari ke sehari..leteran dan bebelan melengkapkan ilmu DJ namun terbatas juga bila gagal mengawal diri lalu mencapai apa sahaja yang paling hampir dan terlintas difikiran.





Tidak semestinya rotan bak kata pepatah "tiada rotan akar pun berguna.."namun dizaman moden ni mana nak cari akar dalam rumah maka penyangkut baju atau paip air atau talipinggang adalah yang paling praktikal.

Tapi bilamana kerajaan bercadang mahu menghukum ibubapa yang menggunakan rotan bagi mendidik anak-anak ibubapa mungkin terpaksa memikirkan pendekatan lain selain merotan.Bukan mustahil juga pengarah filem perlu memikirkankan kesinambungan cerita "Anakku Sazali" kerana pada waktu itu akan lahirlah anak-anak yang akan membawa watak Sazali dengan jayanya.

P/S :Pernah mencari rotan yang disorok oleh anak-anak..begitu juga tali pinggang yang sering hilang...mereka mungkin sedar suatu hari nanti bagaimana ingin memanusiakan manusia bila mereka sendiri bergelar ibubapa..

Saturday, 24 January 2015

Zamani dan Zaman Ini



Mungkin tanpa video Zamani Slam yang viral menyanyi sambil bergari dia sudah lama pun terkenal dan nama beliau tetap bermain di bibir mulut peminatnya.Teringat bait lagu Gerimis Mengundang sudah cukup menyentuh jiwa apatah lagi dinyayikan takkala tangan bergari di balai polis kerana disyaki terlibat dengan dadah.Jangankan lagu Gerimis Mengundang..jika Zamani menyanyikan lagu Banjir Mengundang dalam keadaan sedemikian ianya tetap viral kerana Zamani berada di zaman ini.



Di zaman ini,ledakan teknologi dengan banyak perkara boleh dilakukan hanya dihujung jari melalui gadjet.Mobilisasi maklumat bisa sahaja tersebar dengan pantas apatah lagi jika ada mempunyai nilai berita yg mampu disensasikan.Zamani disyaki terlibat dengan dadah sejak 10 tahun yang lalu tetapi apakah ianya menjadi viral..tentu sahaja tidak tetapi menyanyi di balai polis dengan tangan bergari itu yg menjadikannya viral.

Ramai yang berminat memperkatakannya..simpati mahupun cemuhan.Hakikatnya harus diterima menjadi public figure mahu atau tidak perlu akur mereka adalah hakmilik masyarakat dan kehidupan peribadi bukan lagi sempadan untuk tidak dicerobohi.Siapa yang bersalah bukanlah menjadi persoalan dimedia sosial kerana begitu ramai hakim dan peguambela mahupun pendakwaraya yang memiliki kebolehan luarbiasa membuat interpretasi mengikut sesedap halkum dan halwa telinga.

P/S :.."kusangkakan panas berpanjangan
           rupanya gerimis..gerimis mengundang..
           dalam tak sedar ku kebasahan...."
           hadoy..memang touching beb...