ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
PERMOHONAN DAN KEMASKINI BR1M 2015 SECARA ONLINE | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Tuesday 9 December 2014

PERMOHONAN DAN KEMASKINI BR1M 2015 SECARA ONLINE


Permohonan bagi rakyat Malaysia yang memenuhi syarat seperti yang ditetapkan oleh kerajaan boleh dibuat secara online boleh di buat mulai 1 Disember sehingga 31 Disember 2015 dengan mengemaskini maklumat permohonana secara online melalui portal rasmi BR1M LHDNM di alamat seperti di bawah:-



Permohonana boleh juga dibuat secara manual dengan menggunakan Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 (BK-01) atau Borang Kemas Kini. Borang BR1M yang siap diisi boleh dikembalikan ke mana-mana cawangan atau Pusat Khidmat Hasil atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM .

Sebarang pertanyaan boleh juga dibuat melalui talian bebas tol 1-800-88-2716(LHDNM) atau talian 03-8882 4565 / 4566 (Kementerian Kewangan Malaysia)

Bagi mengetahui dan menyemak status permohonan BR1M,pemohon boleh menyemak dengan 4 cara iaitu :-
    • Semakan status BR1M secara online
      Semakan status permohonan BR1M secara online boleh dibuat di portal rasmi BR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) iaitu di alamat:
    • Semakan status BR1M melalui telefon
      Pemohon juga boleh menyemak status BRIM dengan menelefon nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 / 03-88824566 atau nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716. Semakan boleh dibuat setiap hari bekerja dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.
    • Semakan status BR1M  melalui email
      Semakan BR1M dan pertanyaan juga boleh dibuat menerusi emel ke alamatbr1m@treasury.gov.my. Sila nyatakan nama penuh dan nombor kad pengenalan anda di dalam emel tersebut.
    • Semakan status BR1M melalui pos
Bagi pemohon yang tak menyatakan nombor akaun bank, keputusan permohonan BR1M akan dimaklumkam melalui pos secara berperingkat-peringkat. Jika berjaya surat itu juga juga akan menyatakan tarikh dan juga tempat majlis penyerahan baucar.

Jika keputusan tidak berjaya, pemohon boleh merayu menggunakan borang rayuan yang boleh didapati di semua pejabat cawangan LHDN dan agensi kerajaan yang berkaitan, atau boleh dimuat turun dari laman web Kementerian Kewangan (www.treasury.gov.my)

1 comment:

  1. boleh ke nk kemaskini BR1M 2015 menggunakan email?? e-br1m hanya boleh update utk 1x je.. isteri taruk akaun bank nama dy, sdangkan sy sbagai pemohon.. nk pergi cawangan LHDN terdekat, macam xsempat je.. baru lepas banjir, habis licin barang dlm rumah rosak.. hurm..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...